RESEPI ROTI CARAMEL, DESERT DI MALAM HARI

sedikit desert utk buka puasa sat g..
Ingat lg x mamy pesan pagi td..balance roti yg dipotong2 slps buat roti sosej jgn buang kan..ni la hasilnya..mamy sempat buat puding roti karamel je...ingat nak buat puding roti marble..agar2 plak xdak.malas nk p kedai..terhasil la 👇👇👇👇👇


PUDING ROTI KARAMEL
Bahan bahan:

3 sb gula pasir
1 sb air panas

Cara cara:
Masak gula di dalam kuali sehingga perang. Masukkan air dan kacau sehingga gula larut. Tuang ke dalam loyang dan ketepikan

Bahan bahan Puding

4 keping roti gardenia – carik carik
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
½ cawan susu pekat
3 biji telur – pukul sedikit
1 sk esen vanilla


Kisar roti, susu pekat, susu cair dan air suam. Masukkan telur dan esen vanilla. Blender lagi.
Tuang ke dalam loyang berisi  gula hangus tadi. Kukus selama selama 20-30 minit.
Sejukkan sebelum diterbalikkan, dipotong dan dihidangkan.

SELAMAT BERBUKA PUASA WARGA MAHN 😃😃
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...