RESWPI LENGKAP NASI TOMATO DAN AYAM MASAK MERAH UNTUK YANG INGIN MEMBUKA PERNIAGAAN MAKANAN

BLogTips
0
RESEPI NASI TOMATO DAN AYAM MASAK MERAH

Salam semua..arini berkesempatan buat nasi tomato pula dgn ayam masak merah. Sgt la puas dapat makan masak sendiri..seperiuk ngadap!! Hopefully resepi ini dapat uolls gunakan utk hidangkan buat keluarga. Let's cooking...


Bahan2 nasi tomato:

4 cawan beras basmati
1 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar ( cincang halus )
3 ulas bawang putih ( hiris )
1 inci halia ( hiris )
1 biji tomato ( kisar ambil 2 sdb paste )
3 sdb tomato puree tin
2 sdb minyak sapi
1 kiub pati ayam larutkan dlm 5 cawan air
3/4 cawan susu cair evaporated
1 helai daun pandan disimpul
Sedikit perasa ( garam )
Bahan tambahan nak tabur atas nasi ( bawang goreng, daun sup n kacang gajus )
Sapa suka kismis bole letak kismis juga semasa nasi di masak

Cara :
1. Tomato yg sebiji tu kisar..nanti nk gunakan 2 sdb.
2. Larutkan 1 kiub pati ayam dlm 5 cawan air panas. Ingat..utk dapatkan nasi yg cantik..guna sukatan cawan yg sama utk semua bahan beraz, susu dan air.
3. Cuci beras dan rendam dlm air 15 ke 20 minit.
4. Cairkan 2 sdb minyak sapi dlm kuali..tumis dahulu daun pandan, kayu Manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih seketika.
5. Boleh masukkan bawang2 dan halia...tumis smpi wangi.
6. Next masukkan 2 sdb tomato kisar tadi dan 3 sdb tomato puree tin..kacau rata seketika..bole masukkan beras. Jgn lupa tos air beras ya!!!!
7. Gaul rata beras dgn kuah tadi dlm dua minit..tutup api dapur.
8. Transfer beras ke dlm rice cooker..terus masukkan 5 cawan air stock ayam dan susu cair. Rasa kuah..klu kurang rasa..tambah garam.
9. Klu suka kismis dlm nasi tomato..boke letak sekali..masak..siap...

Bahan2 ayam masak merah : utk 1/2 kg ayam.

Ayam potong ikut saiz uolls suka..gaul garam n kunyit..goreng jgn smpi over cooked sgt.
2 batang serai dititik
1 biji bawang Holland hiris
3 ulas bawang putih hiris
1 inci halia hiris
Bahan2 tumbuk ( 1 biji bawang merah besar, 5 ulas bawang merah kecil, 1 inci halia dan 3 ulas bawang putih )
8 sdb cili kisar
3 sdb sos cili
1 kiub pati ayam larutkan dlm 1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
Perasa ( garam, gula dan sos tiram )

Cara :
1. Tumis dahulu bahan2 hiris dan serai smpi layu.
2. Masukkan pula semua bahan tumbuk..terus tumis smpi Wangi.
3. Next masukkan cili kisar..tumis smpi pecah minyak.
4. Bole mula masukkan cili sos, perasa iaitu sos tiram. Kacau seketika dan masukkan air stock ayam.
5. Then masuk perasa lain iaitu garam dan gula..rasa kuah ikut taste masing2.
6. Boleh masuk ayam yg telah digoreng dan tomato. Masak seketika...
7. Then pekatkan kuah dgn bahan terakhir iaitu susu cair. Masak ikut kepekatan yg uolls suka.

Hidangkan bersama nasi tomato..happy cooking semua.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)