RUNNING MAN EP 361 : LEE KWANG SOO SEPARUH BOGEL


Episod sambungan dari minggu lepas sempena ulang tahun ke-7 rancangan kegemaran ramai Running Man dengan 8 anggota mereka. Pada minggu ini running man bersiaran didalam rumah kerana cuaca hujan yang melanda Korea Selatan. Episod kali ini makin kelakar dengan penglibatan tetamu jemputan yang dijemput khas dari kalangan keluarga peserta.

Saksikan gelagat mereka terutama Lee Kwang Soo yang sentiasa tidak bertuah itu. Kesian betul Lee Kwang Soo ini. Dan yang lebih memalukan dia separuh bogel dihadapan peserta wanita lain. So enjoy.

BERIBU TANAH LOT PERCUMA UNTUK RAKYAT TERENGGANU, DAFTAR SEGERA HARI INI


Kuala Terengganu - Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu (PTG) telah membuka pendaftaran online kepada rakyat Terengganu yang berusia 21 hingga 40 tahun untuk memohon tanah di negeri ini.

Sebelum ini Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman telah mengumumkan tawaran sebanyak 5,900 lot tanah kosong untuk diagihkan kepada rakyat Terengganu yang memenuhi syarat yang ditetapkan.

Rakyat yang berkelayakkan memohon dan memenuhi 10 syarat yang telah ditetapkan akan diproses untuk tindakan seterusnya.

Antara syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti mana berikut

SKIM KHAS TRB (TAPAH RUMAH)
Bahawasanya Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk menawarkan Skim Khas dalam Rancangan Tanah Berkelompok (Kategori Tapak Rumah) tahun 2017 kepada rakyat Negeri Terengganu.

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

• Rakyat Negeri Terengganu
• Berumur 21 tahun hingga 40 tahun
• Berkahwin
• Pendapatan isi rumah RM3,500 ke bawah
• Berdaftar sebagai pemilih di Negeri Terengganu dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
• Pemohon/pasangan belum memiliki tanah
• Pemohon/pasangan belum memiliki rumah mampu milik/rumah mesra rakyat/rumah kos rendah
• Pemohon/pasangan hanya layak memohon satu Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) sahaja
• Pemohon/pasangan belum menerima tanah pemberian kerajaan
• Permohonan daripada e-kasih layak menerima premium nominal
Disini juga Terengganu Times memberi LINK

Laman WEB Khas PTG :

PELAJAR SEKOLAH DIROGOL 5 LELAKI SELEPAS KENAL DILAMAN WECHAT


Seorang pelajar sekolah berumur 15 tahun dilaporkan telah dirogol oleh rakan yang baru dikenalinya dalam aplikasi wechat. Mangsa dikatakan di rogol bergilir-gilir opeh 5 lelaki yanh berumur antara 13tahun hingga 18 tahun disebuah rumah usang iaitu lokasi yang dipersetujui untuk mereka berdating. Sebelum dirogol secara beramai-ramai itu, mangsa dan kumpulan perogol telah berbual-bual beberapa minit.

Kenapa wechat menjadi applikasi tumpuan remaja dan pelajar sekolah? Apakah kelebihan applikasi wechat ini?


Berikut adalah kenapa Wechat diminati pelajar dan remaja hari ini.
1. Wechat lebih privasi dimana tiada siapa boleh membaca komen oleh orang lain.
2. Free video call dan panggilan suara.
3. Mudah mendapat kawan baru guna kaedah shake atau scan.

Dikatakan kebanyakkan pengguna wechat adalah dikalangan remaja dan pelajar sekolah menjadikan apps nie amat mudah untuk pemangsa mencari mangsa.

CARA BACK UP GAMBAR DAN VIDEO SECARA AUTOMATIK TANPA HAD

Apakah perasaan anda apabila gambar dan senarai telephone rakan-rakan anda hilang secara tiba-tiba dalam smartphone anda?

Atau smartphone anda tetiba rosak sistem hingga anda perlu reboot semula smartphone anda yang akan menyebabkan semua data, gambar, maklumat, apps, video hilang.
Atau smartphone anda dicuri?


Oleh itu anda perlulah membuat satu backup yang anda boleh ambil semula dimana-mana sahaja dengan hanya log in menggunakan email anda sahaja.

Tidak perlu risau dengan tahap keselamatan kerana ini dibangunkan oleh pihak google. Yang penting jangan pula anda merakam video atau gambar bogel pula. Yang pastinya ramai yang inginkan harta sebegitu.

Yang lebih penting, anda boleh simpan gambar serta video anda secara unlimited. Malahan anda boleh setting supaya gambar atau video yang dirakam terus di sync ke backup apps ini secara automatik. Jika ade pencuri yang mengambil gambar menggunakan smartphone anda, gambarnya terus di sync ke akaun apps ini.

So bagaimana cara untuk backup maklumat dalam android anda?
Anda ikut langkah-langkah seperti gambar di bawah.


Maklumat lanjut sila rujuk website ini.

CARA MEMBUAT IKLAN ADSENSE ATAU NUFFNANG FLOATING DALAM BLOG ANDA DENGAN MUDAH

Jika anda adalah seorang blogger yang berminat untuk menjana duit daripada blog anda, maka anda boleh membuat iklan yang terapung di blog anda sepertu gambar di bawah.


Iklan begini mudah menarik perhatian pembaca seperti iklan yang biasa anda lihat pada apps play store. Iklan ini tidak akan menggangu pembaca yang melawat blog anda kerana ianya kecil dan comel di bawah.

Berikut adalah cara untuk anda membuat iklan terapung di blog anda. Semoga bermanfaat dan anda mampu menjana duit dari usaha ini.

1. Log in terlebih dahulu blog anda di www.blogspot.com

2. Klik button LAYOUT seperti gambar dibawah.


3. Klik button ADD A GADGET si bahagian side bar layout anda seperti gambar di bawah.


4. Pilih HTML/Javascript dan copy paste script di bawah kedalam kolum HTML/javascript anda seperti gambar dibawah.


5. Selepas paste, anda klik save. Dan cuba view blog anda.. pasti akan muncul iklan yang terapung dalam blog anda. Selamat mencuba.

TUNGGAKAN 9RIBU WALAUPUN TELAH MEMBUAT BAYARAN BALIK, PEMINJAM PTPTN LAIN WAJAR AMBIL PERHATIAN

PTPTN
You really make me pissed off!


Tiba-tiba dapat email nie, pelik. Sedangkan aku tk pernah missed bayar PTPTN, dan loan masa aku foundation dah lama aku setelkan, cuma loan degree yg aku masih disiplin bayar tiap bulan tanpa missed sampai skrg, dan mungkin sampai umur aku 40 tahun, kalau ikut kontrak. Mana dtg RM9,484.74 nie?


Ini jawapan yang aku dpt drpd adik call-centre.

Aku: Bla bla bla (bg details aku)

Dia: Baik puan, ada apa saya boleh bantu?

Aku: Saya dpt email yg nyatakan saya masih ada tertunggak RM9k. Saya cuma nak pastikan, dr mana amount nie? Sbb kalau ikt statement saya, saya tak penah missed byr sejak 2010, dan statement saya nie hanya tunjuk yang Ujrah saja, yg sblm2 nie masa konvensional saya tak boleh tgk da. Kalau ikut statement nie, saya tak pernah missed bayar setiap bulan sampai hari nie.

Dia: Kalau ikut record puan, amount tertunggak nie sejak tahun 2007 (nie lepas aku grad). Jadi bayaran tertunggak nie di ambil drpd pinjaman degree puan yg tk diselesaikan.

Aku: 2007? Yer saya ada on off bayar, sbb penah menganggur dan bila da keje saya byr on off dgn byr ikut kemampuan memandangkan gaji kecik time tu. Saya mula disiplin bayar bila masuk tahun 2008, sampai saya dpt offer tukar ke pelan Ujrah. Selepas tu, saya teruskan byr setiap bulan, mengikut baki semasa yang saya terima di dalam statement. Jadi saya sentiasa update dgn figure dlm statement saya setiap bln. Tiba2 saya dpt email nie.

Dia: Maaf puan, tunggakan nie amount sebelum tukar ke plan ujrah. Amount tunggakan nie tk dikemaskini kan sekali dlm statement puan selepas ditukar ke ujrah (what tha?!). Jadi jumlah tunggakan nie terbiar mcm tu jek.

Kredit Owner post.

Aku: Macam mana boleh mcm tu? Kenapa ptptn tak bgtau saya awal2 masa sy dpt tawaran ujrah, dan ini la amount saya kene setelkan. Kenapa sekarang? Kenapa selepas 7 tahun? Kenapa 2 tahun sebelum tu saya tka dpt warning?

Dia: Maaf puan, saya tak dpt bantu yang tu. Kalau puan nk tgk clear calculation, kena pergi ke kaunter dan puan bole tgk secara details mcm mana tunggakan tu bole jd RM9ribu.

Kepala aku da start panas, jantung dah laju. Ada la lagi explaination budak tu yg lebih kurang sama dan tak perlu aku share. Yang pasti, aku tertekan dgn PTPTN... Kenapa skrg br ko nak bertindak? 9 tahun aku ade bayaran tertunggak yang dah dikenakan interest, yang mati2 aku ingat dah diselaras sekali dlm pelan Ujrah. Kenapa tak diberitahu dulu lagi? Why now?

Tunggakan aku terperap utk 9 tahun, takde sebarang warning, takde sebarang surat menyurat aku terima mengatakan aku perlu buat settlement. Dr amount yg kecil, sampai 9 tahun, tunggakan aku jd RM9ribu. Dan senang crite, aku br dpt email nie hari nie, dan aku cek, Yer, aku dah kena blacklist. Terima kasih PTPTN!

Antara komen yang jadi mangsa sama

Solution yang PTPTN bagi dekat aku, kalau nak fight, kena naik court. Tapi kalau aku insists nk clear drpd blacklist, nak tak nak, aku kena byr full amount RM9ribu tu sebelum akj terbang. Yer, aku dah nak fly next week. Why now, PTPTN? Adakah ko nampak rekod aku byr secara konsisten, baru sekarang ko cari dan aniaya aku? RM9ribu? Aku tatau lah celah mana nak cari duit sebanyak tu dalam masa seminggu nie. (Tongkat dagu)

Buat teman-teman yg masih ada hutang dgn PTPTN, pergi la check dan clarify, kot korg pon ade hidden amount yg PTPTN tk bgtau yang derg nak biarkan beranak pinak sampai amount jd besar, gamaknya.

RESEPI KETUPAT PALAS JAGUNG VIRAL YANG KREATIF

In the making ketupat jagung ibu mertuaku๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ ckp je bila rsa nk mkn dgn pantas dia akan buatkan..ni smua untuk potluck kt tmpt kja nnt(rezeki kawan2)
Mama kta boh dlm group tgk nk dpt bapa like๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿ˜‚


Beras pulut 1/2 kilo
jagung 3 batang
santan 1/2 kilo(tmbah lg rm2)


cara2:
1)masak santan,api kecil bila santan dh mendidih sikit masukkan beras kacau smpai kering(macam msk nasi)
2)masukkan jagung.biarkan jagung masak seketika bersama pulut.
3)dh kering boleh angkat.biarkan suam dah boleh balut.๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป
4)lepas siap balut dh boleh rebus๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜pastu boleh dah ngapppp!๐Ÿ˜„

BUDAK SEKOLAH DI CABUL DAN ROGOL DALAM TANDAS.

HEBAHAN PENTING!!KES CUBAAN ROGOL DI STESEN MINYAK !! Share utk peringatan bersama..

CUBAAN CABUL DAN ROGOL DI STESEN MINYAK SHELL BATU 30 MACHANG KELANTAN.


Khamis-13/7/2017..kejadian berlaku pada adik ipar (perempuan) aku sendiri..wife dan adik aku otw ke KL..berhenti rehat jap nk ke tandas dan beli air minum utk bekalan dalam perjalanan nanti..
.
Waktu lebih kurang pukul 11.30 pagi..siang kot bro..terang benderang lagi..
.
Adik aku masuk ke tandas dulu nak kencing..dalam tu ada 4 tandas dan dia dah check semua tandas sb nak cari tandas yg bersih & ada 1 tandas yg berkunci (maksud ada org lah dalam) iaitu tandas no 2 yg berkunci tu ..so dia masuk tandas no 4, tandas cangkung ..tetiba ada sorg laki panjat dari atas tandas tu terus terjun & terkam dia.. masa dia tgh cangkung buang air.. korang bayang kan lah..
.
Laki ni dengan tak pakai seluar (nampak lah anu nya) ..pakai baju je..cuba mencabul dan merogol adik aku..
.
Menjerit2..meronta2 dia cuba lepaskan diri.. si haram jadah tu dah cium , meraba semua..adik aku cuba telefon wife aku.. tp telefon kena tepis dgn si haram ni..
.
Dalam keadaan bergelut tu..adik aku dapat gigit si haram jadah tu..tapi dia dengan muka xde perasaan terus jugak agenda merogol dia..
.
ada sorang akak ni terdengar jeritan adik aku dalam tu..akak ni mula2 ingat adik aku kena histeria..so dia tak berani nak tolong (takut jugak kot)..tapi adik aku terus menjerit2 "tolong..tolong..perogoll..barulah akak tu pergi dapatkan bantuan (cerita akak tu..) ada sorg laki datang..mungkin bila si haram ni dengar suara lelaki kat luar..menggelabah dia panjat balik pergi ke tandas sebelah..dan adik aku pon buka pintu tandas tu..terus berlari keluar tak fikir ape dah .. seluar pun ala2 jer tarik ke atas..
.
Dengan muka pucat lesi..adik aku berlari kt kereta..tudung dah koyak..handfon dan cermin mata entah ke mana..
.
Suspek boleh selamber ambik seluar dia kat tandas no 2 tu pastu berdiri tepi tandas.. (ni akak yg dgr jeritan adik tu cakap)
.
Siap bagi alasan tak buat ape2..& tuduh adik aku salah masuk tandas..
.
Orang ramai dah kepung si haram ni sementara tunggu polis sampai..si haram ni rilek je lagi tak lari pon..macam tak bersalah..(tgk video)
.
Polis sampai dan tangkap bawak ke IPD MACHANG...
.
Suspek ditahan lokap..suspek disyaki pengaruh dadah atau pon gila seks atau gila BABI..
.
Adik aku??trauma kot bro..muntah2..menggigil siap..sampai demam2.. luka2 n lebam akibat bergelut.. dah ke hospital utk pemeriksaan seterusnya..
.
Alhamdulillah..sI HARAM TU tak sempat buat benda yg lebih dasyat, n mungkin menjejaskan masa depan adik aku sbg seorang perempuan...so peringatan utk korang yang baca ni..
.
TOLONG teman adik2..akak..mak korang yg pergi ke toilet stesen minyak ke..RNR kee..masjid ke..jangan biar pergi sorang2..ko bayangkan adik aku yg umo 20an pon boleh melawan sikit je..kalau mak mak kita yg dah tua?adik2 baru belasan tahun??aku tak tahu lah jadi ape..
.
TOLONG jangan rasa bersalah untuk capai ape saje sebagai alat nk mempertahankan diri..gayung ke..getah paip ke..cocok mata ke..sepak telur ke..gigit hidung ke..ko buat ape saja yg boleh melemahkan penyerang..pesan2 lah kt ahli keluarga dan kawan2..skang ramai orang gila..gila yang macam2..
.
TOLONG pesan kt ahli keluarga dan kawan2..jerit mintak tolong..sebut ancaman ape yang datang..perogol ke..peragut ke ..perompak ke..PENTING supaya orang sekeliling alert.
.
TOLONG lah kepada penguasaha2 stesen minyak atau pihak berwajib..pastikan CCTV befungsi..senang nak pantau dan ape2 berlaku ada bukti waktu siasatan pihak polis..lepas tu ruang pemisah antara tandas tu..kalau perlu tutup terus atau pasang pagar supaya orang tandas sebelah tak boleh akses tandas sebelah..
.
TOLONG sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling..kadang2 kita tak tahu suspek ni camne..muke pijak semut pon tak mati!!!
.
So pesanan aku ni..tolong sampai2kan..aku tak nak korang pulak terkena dengan MANUSIA BINATANG cam tu..nasib tak mati kena pukul je..mujur orang yg ada waktu tu masih waras dan rasional..
.
Terima kasih jugak kepada orang ramai yang ada kt shell masa tu yg dah tolong adik dan wife aku..
.
Harap pihak polis dapat buat dakwaan terhadap si haram tu sebab aku nak jumpa dia kt mahkamah.. semoga ko dapat balasan seadilnya..

SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DALAM LINDUNGAN ALLAH.

LOKASI PENGINAPAN MURAH DAN SELESA DI CAMERON HIGHLAND PILIHAN TERBAIK

7 Penginapan Murah di Cameron Highland.

Atas permintaan follower CKM, ini senarai 7 Penginapan Murah atau Percutain Bajet Untuk Sesiapa yang ke Cameron Highland.


1. Cameronian Inn. Dari RM65 Semalam.

1,400 meter dari paras laut terletak Cameronian Inn, sebuah penginapan popular di Tanah Rata. Tetamu di penginapan ini boleh bersiar di taman indah yang boleh dijumpai di kawasan Inn atau melayari Wifi percuma di lobi.

Tarikan yang berdekatan dengan Cameron Inn adalah, Strawberry Farm 10 minit memandu dan Ladang Teh Boh 25 minit memandu.

Terdapat 18 bilik di Cameronian Inn ini dan ada sesetengah bilik yang mempunyai bilik air persendirian, yang lain mesti menggunakan bilik air berkongsi .

Penginapan ini juga menyediakan Cafe dengan sajian tempatan jika anda terasa untuk menjamu selera tanpa berjalan jauh.

Harga: Dari RM65 Semalam

Lokasi: 16, Jalan Camelia, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland.

2. Heritage Hotel Cameron Highlands. Dari RM188 Semalam.

Heritage Hotel merupakan antara resort terbesar di Cameron Highlands yang menawarkan pengalaman hotel butik yang selesa dan lengkap dengan fasiliti sama seperti hotel 4 bintang yang lain.

Dari tingkap bilik anda akan dapat melihat pemandangan Tanah Rata dan hotel ini sering diselindungi oleh kabus putih yang nyaman seolah-olah anda berada di awanan.

Di kawasan lounge pula anda boleh duduk sambil minum teh Cameron sambil mencuba kek dan biskut beraneka pilihan.

Nak ke tanah rata pula anda hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit.

Harga: Dari RM188 Semalam

Lokasi: Jalan Gereja, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland.

3. Casa Loma. Dari RM225 Semalam.

Penginapan yang tersembunyi disebalik pohon-pohon hijau ini boleh di jumpai di kawasan Tanah Rata.

Harga: Dari RM225 Semalam

Lokasi: Bunglow Green Hill Green Hill Resort, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland.

4.Jasmine Hotel. Dari RM98 Semalam.

Jasmine hotel merupakan satu lagi pilihan hotel bajet yang popular di Cameron Highlands dengan tawaran harga bilik murah bawah RM100 semalam.

Tarikan popular yang berdekatan adalah pasar malam pekan Brinchang yang hanya 5 minit sahaja berjalan kaki.

Jika anda memandu pula, taman rama-rama dan ladang kaktus mengambil 15 minit manakala Ladang Teh Boh mengambil masa 20 minit.

Kerana hotel ini terletak di lokasi yang strategik di pekan Brinchang, anda tidak perlu risau apabila hendak mencari restoran ataupun kedai.

Harga: Dari RM98 Semalam.

Lokasi: No 29 – 32, 39100 Brinchang, Cameron Highland.

5. Smurf Inn. Dari RM120 Semalam.

Kalau anda terbayangkan perkampungan orang kerdil berwarna biru comel yang ditanyangkan didalam kartun popular tahun 1990han selepas mendengar nama hotel ini anda sebenarnya tidak jauh dari realiti.

Tidak lengkaplah perkampungan smurf tanpa aktiviti untuk kanak-kanak, oleh itu pihak hotel telah menyediakan taman permainan berhampiran kawasan hotel khas buat anak-anak tetamu.

Kerana ia terletak di Brinchang anda tidak jauh dari banyak tarikan menarik seperti taman rama-rama Cameron Highland dan ladang kaktus.

Harga: Dari RM120 Semalam.

Lokasi: No 8, Chateau Avenue, off Jalan Chateau Royal Chateau,Tanah Rata, 39000 Brinchang, Cameron Highland.


6. Natasya Resort. Dari RM190 Semalam.

Kalau anda sedang merancang percutian bersama kelurga ke Cameron Highland, agak susah untuk mencari penginapan yang menawarkan nilai untuk wang yang lebih baik dari Natasya Resort.

Apartment ini merupakan sasaran popular buat mereka yang datang bercuti ke Cameron Highlands bersama keluarga.

Ini kerana mereka menyediakan dua jenis penginapan yang luas dan selesa. Apartment satu bilik yang bermula dari RM250 boleh memuatkan sebanyak 4 orang, manakala bilik double pula boleh memuatkan sebanyak 6 orang.

Disamping itu rekabentuk, hiasan bilik dan suasana kawasan luar yang mengelilingi Natasya Resort ni betul-betul mengingatkan anda bahawa anda berada di Cameron Highlands.

Di depan apartment kelihatan taman, di luar balkoni pula pemandangan gunung yang hijau.

Harga: Dari RM190 Semalam.

Lokasi: Lot 6 Entertaiment Complex, Kea Farm, 39100 Brinchang, Cameron Highland.

7. Hotel Rainbow. Dari RM90 Semalam.

Salah satu hotel bajet mesra keluarga popular di Brinchang adalah Hotel Rainbow yang boleh dijumpai sederet dengan rumah-rumah kedai di pekan Brinchang.

Walaupun Hotel Rainbow ini sebuah hotel bajet yang menawarkan bilik bermula dengna harga RM90 semalam, namun biliknya cukup lengkap dengan TV berserta Astro, fridge mini dan Wifi.

Untuk mereka yang datang ke Cameron Highlang untuk lawatan bekerje pula, di dalam setiap bilik disediakan untuk anda meja kerja dan kemudahan untuk membuat teh & kopi.

Disebabkan hotel ini terletak di kawasan rumah kedai, tugas seperti mencari makanan atau barang keperluan semasa bercuti agak senang.

Tanpa berjalan jauh anda boleh menemui ladang strawberry dan kaktus hanya 10 minit saja berjalan dari hotel.

Disini juga terdapat pasar malam popular jika anda tertarik hati untuk merayau di pekan Brinchang pada waktu malam.

Harga: Dari RM90 Semalam.

Lokasi: Lot 25, 39100 Brinchang, Cameron Highland.

RESEPI MEMBUAT PELBAGAI JENIS AIR DETOKS DAN FUNGSINYA

BERANEKA JENIS AIR DETOKS


1. Timun + Limau + Lemon
Sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Timun, limau dan lemon mampu mengawal nafsu makan selain mengelakkan masalah perut kembung.

2. Teh Hijau + Daun Pudina + Oren
Sangat berkesan untuk membakar lemak, melancarkan penghadaman, mengatasi sakit kepala dan bau mulut. Teh hijau pula memang terkenal dalam membantu meningkatkan metabolisme tubuh.

3.Timun + Lemon + Limau Nipis + Oren
Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet kerana timun, lemon, limau nipis dan oren membantu mengawal selera makan dan meningkatkan metabolisme tubuh.

4.Lemon + Daun Pudina
Kombinasi lemon dan daun pudina sesuai buat mereka yang sibuk dan aktif. Lemon dapat menyingkirkan toksin dalam badan manakala daun pudina pula membantu proses penghadaman. Ia sangat membantu menurunkan berat badan.

5.Oren + Lemon + Limau Nipis
Sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan perut kerana oren dan limau nipis baik untuk sistem pencernaan. Lemon pula membersihkan sistem pencernaan. Berkesan untuk mengatasi masalah perut buncit.

6.Strawberi + Oren +Daun Pudina
Air detoks campuran strawberi, oren dan daun pudina sangat baik untuk diamalkan. Hal ini kerana strawberi mampu mengurangkan kolesterol. Oren pula membantu mengatasi masalah sembelit manakala daun pudina pula mencegah masalah angin dan kembung perut.

TIPS MENJAGA FARAJ WANITA DARI BERBAU BUSUK YANG MELOYAKAN

Dah 2017 tapi masih ramai lagi WANITA tak tahu cara cara menjaga FARAJ atau nama popularnya VAGINA, dengan baik.

Kongsikan biar semua kaum hawa sedar betapa SENSITIF nya faraj mereka!











kredit kepada pemilik gambar.

LOKASI CUTI-CUTI DI MELAKA YANG TERBAIK PILIHAN UTAMA RAKYAT MALAYSIA

Senarai 11 tempat menarik di Melaka yang wajib kau pergi:

Melaka dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah, Melaka Darul Azim atau Negeri Hang Tuah. Melaka telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Jadi tentu sahaja byk tempat menarik di Melaka :

1. Freeport A’famosa Outlet Village

Pada 28th November 2015, Freeport A’famosa Outlet Village telah diperkenalkan yang terletak di Alor Gajah.
Dengan lebih dari 80 kedai premium yang terdapat di dalam Freeport A’famosa Outlet Village ini, ia nya akan menjadi syurga membeli-belah untuk pengunjung yang berkunjung ke Melaka yang terletak tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur. Di Freeport A’famosa Outlet Village ini, lebih daripada 70 kedai premium adalah jenama luar negara yang menawarkan barangan original dan berkualiti dengan harga yang telah diberi diskaun 30% – 70%.

Alamat:
Freeport A’Famosa Outlet,
Jalan Kemus, Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.
Masa Operasi:
Setiap Hari: 10:00am – 10:00pm

2. THE Pirate Adventure Melaka

Bersediakah anda untuk menjadi Lanun? Anda akan merasakan bagaimana pengembaraan seorang lanun yang sebenar di The Pirate Adventure. The Pirate Adventure ini adalah ilham daripada Nuevo Attraction & Destination Sdn. Bhd yang ingin menyediakan indoor attraction yang menggunakan 5 element dalam hidup kita. Anda sebagai pengunjung berpeluang untuk merasakan bagaimana menjadi lanun untuk selama 1 hari, anda akan mencari arah di Lautan Selat Melaka sebelum sampai di hutan belantara untuk mencari harta karun yang tersembunyi. Dengan peredaran teknologi dan kecanggihan teknologi masa kini, anda memang akan dapat merasai sendiri kegerunan ribut dan ombak di lautan luas.

Alamat:
Melaka Alive
Jalan Parameswara, Banda Hilir, Melaka(Opposite The Proclamation of Independence Memorial)
Masa Operasi:
Hari Biasa: 10:00am – 07:00pm
Hari Hujung Minggu dan cuti umum: 10:00am – 09:30pm

3. The Shore Sky Tower

The Shore Sky Tower adalah tempat menarik di Melaka anda wajib cuba. Sky Tower ini terletak di tingkat 42 The Shore Shopping Gallery bersamaan 163 meter dari paras laut. Yang menarik nya di sini adalah terdapat lantai kaca yang lutsinar. Ia akan menguji keberanian seseorang dan bukanlah untuk orang yang gayat. Di atas sana, anda boleh melihat permandangan sekeliling.

Alamat: The Shore Sky Tower Sdn Bhd
Tower 1, 42 & 43F, The Shore Shopping Gallery,
193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka Tengah, Malaysia

4. Melaka Upside Down House

Sesuai dengan nama nya, semua benda di dalam dunia Upside Down House ini adalah terbalik! Di dalam nya adalah seperti rumah biasa sahaja, terbahagi 5 bahagian iaitu bilik tidur utama, bilik tidur anak, ruang tamu, dapur dan tandas. Semuanya terbalik di dunia ini!

Lokasi :
Jalan Pm 7, Plaza Mahkota, Banda Hilir,
75000 Melaka
Masa Operasi:
Isnin – Khamis: 10:00am – 06:00pm
Jumaat – Ahad/Cuti Umum/Cuti Sekolah: 10:00am – 09:30pm

5. Street art Melaka

Antara tempat menarik di Melaka adalah Banda Hilir dan Sungai Melaka yang terdapat perkhidmatan River cruise. River Cruise adalah anda boleh menaiki bot yang disedia dan akan menyusuri Sungai Melaka. Namun, anda boleh berjalan kaki di sepanjang pesisiran sungai yang turut disediakan tempat perjalan kaki. Di sepanjang jalan itu anda boleh lihat “Street Art” atau seni lukisan di dinding bangunan berdekatan.

6. Australia village | Masbro Village

Autralia Village atau lebih dikenali sebagai Masbro Village ini adalah tempat menarik di Melaka yang menjadi tumpuan. Kelihatan seperti sempit tetapi setiap unit rumah di sini sangat sesuai untuk percutian keluarga. Setiap rumah disini boleh memuatkan sekurang-kurangnya 6 orang.

Kemudahan yang disediakan adalah serba lengkap. Diantaranya, ruang tamu lengkap dengan meja makan, sofa dan televisi. Dapur lengkap dengan ketuhar, peti sejuk, cerek air dan kelengkapan dapur lain. Terdapat 2 tilam saiz Queen (tingkat atas) dan 1 tilam sofa (tingkat bawah) di dalam setiap unit. Dilengkapi juga dengan 2 tandas dengan pemanas air. Setiap unit adalah dielengkapi dengan penghawa dingin.

Alamat:
Lot 291, Batu 7/12,
Jalan Paya Rumput Indah,
Taman Paya Rumput Indah,
76450 Melaka, Malaysia

7. Homestay limastiga, umbai

Tempat menarik di Melaka yang seterusnya adalah di Homestay Limastiga. Ia nya terletak di Umbai. Dengan mengetengahkan konsep Kampung Melayu, suasana di tempat ini sangatlah terasa kita berada di kampung halaman. Homestay Limastiga dikategorikan sebagai percutian privasi kerana konsep yang diamalkan oleh mereka ada “Private Homestay” dimana anda digalakkan untuk menyewa seluruh kawasan untuk menginap di sini. Maka, ia amat sesuai untuk majlis privasi seperti hari keluarga atau majlis syarikat.

Alamat:
2046 Jalan Bukit Tembakau,
77300 Umbai, Melaka
Dataran 1 Malaysia, Klebang

8. Tempat Menarik Di Melaka

Dataran 1 Malaysia adalah antara tempat menarik di Melaka yang wajib anda pergi jika anda bercuti di Melaka. Dataran 1 Malaysia ini terletak di Pantai Klebang yang belokasi di daerah Melaka Tengah.
Dataran 1 Malaysia ini baru sahaja di bina dan mendapat sambutan yang amat baik. Ramai pengujung akan berkunjung ke Dataran 1 Malaysia kerana ia nya terletak di Pantai Klebang. Pantai Klebang memang menjadi tempat tarikan di Melaka. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini bersama keluarga anda.
Anda boleh bersantai dan bermain bersama keluarga dan sahabat anda di Pantai Klebang dan Dataran 1 Malaysia sambil menikmati permandangan pantai dan laut Selat Melaka.
Anda dan keluarga serta sahabat boleh merasai pengalaman menunggang kereta kuda dengan menaikinya pusing keliling kawasan Pantai dan Dataran 1 Malaysia.

9. Coconut Shake Original Klebang

Coconut shake Klebang ini adalah antara tempat menarik di Melaka yang anda semua wajib pergi. Selain dari coconut shake, kedai ini juga mengediakan pelbagai jenis makanan seperti nasi lemak, kuih muih dan lain-lain. Ianya amat sesuai untuk seisi keluarga anda.

Alamat:
Klebang Original Coconut Shake,
231-1, Batu 3 3/4
Klebang, 75250, Melaka
Masa Operasi:
Tiap Hari: 10:00am – 06:30pm

10. Bustel Klebang Melaka

Antara tarikan menarik di Dataran 1 Malaysia adalah Bus hotel ataupun dikenali Bustel. Deretan bas-bas lama yang diubah suai menjadi tempat penginapan pelancong yang menarik disusun kemas di Dataran 1 Malaysia.
Pelbagai kemudahan yang disediakan seperti tilam, bilik mandi, meja, TV dan sebagainya. Bustel ini amatlah selesa dah sesuai untuk sesiapa yang menginginkan merasai pengalaman baharu menginap di dalam Hotel Bus atau Bustel.

Alamat:
Bustel Klebang Melaka,
Dataran 1 Malaysia,
Klebang, 75200, Melaka
No Telefon: 019-7414113

11. Muzium Kapal Selam

Tempat menarik di Melaka yang terbaru adalah Muzium Kapal Selam. Ia nya adalah kapal selam yang sebenar.
Kapal selam ini diberi nama “SMD Ouessant Agosta 70”. Ia nya dari Perancis, yang dahulunya dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan merupakan tempat latihan krew yang pertama kapal selam negara ini.

Anda boleh kunjung dan belajar mengenai sejarah kapal selam di Malaysia, keadaan dalam kapal selam dan cara bagaimana mana ia beoperasi di Muzium Kapal Selam ini.

Jika anda dan keluarga ingin menambah pengalaman bagaimana suasana menginap di dalam kapal selam ini, pihak muzium Melaka juga ada menyediakan pakej bermalam di Dalam Kapal Selam.
Jumlah minima peserta ialah 25 orang dan harga ialah RM 150 seorang. Anda boleh membuat tempahan dengan menelefon pegawai PERZIM di talian 06-281 4226

Alamat:
Muzium Kapal Selam,
Dataran 1 Malaysia,
Klebang, 75200, Melaka
Masa Operasi:
Hari Biasa: 09:00am – 05:30pm
Hari Hujung Minggu: 09:00am – 06:30pm

Kredit : @Viral oh Viral
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...