BERIBU TANAH LOT PERCUMA UNTUK RAKYAT TERENGGANU, DAFTAR SEGERA HARI INI

BLogTips
0

Kuala Terengganu - Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu (PTG) telah membuka pendaftaran online kepada rakyat Terengganu yang berusia 21 hingga 40 tahun untuk memohon tanah di negeri ini.

Sebelum ini Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman telah mengumumkan tawaran sebanyak 5,900 lot tanah kosong untuk diagihkan kepada rakyat Terengganu yang memenuhi syarat yang ditetapkan.

Rakyat yang berkelayakkan memohon dan memenuhi 10 syarat yang telah ditetapkan akan diproses untuk tindakan seterusnya.

Antara syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti mana berikut

SKIM KHAS TRB (TAPAH RUMAH)
Bahawasanya Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk menawarkan Skim Khas dalam Rancangan Tanah Berkelompok (Kategori Tapak Rumah) tahun 2017 kepada rakyat Negeri Terengganu.

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

• Rakyat Negeri Terengganu
• Berumur 21 tahun hingga 40 tahun
• Berkahwin
• Pendapatan isi rumah RM3,500 ke bawah
• Berdaftar sebagai pemilih di Negeri Terengganu dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
• Pemohon/pasangan belum memiliki tanah
• Pemohon/pasangan belum memiliki rumah mampu milik/rumah mesra rakyat/rumah kos rendah
• Pemohon/pasangan hanya layak memohon satu Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) sahaja
• Pemohon/pasangan belum menerima tanah pemberian kerajaan
• Permohonan daripada e-kasih layak menerima premium nominal
Disini juga Terengganu Times memberi LINK

Laman WEB Khas PTG :

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)