15 Julai, 2017

LOKASI PENGINAPAN MURAH DAN SELESA DI CAMERON HIGHLAND PILIHAN TERBAIK

7 Penginapan Murah di Cameron Highland.

Atas permintaan follower CKM, ini senarai 7 Penginapan Murah atau Percutain Bajet Untuk Sesiapa yang ke Cameron Highland.


1. Cameronian Inn. Dari RM65 Semalam.

1,400 meter dari paras laut terletak Cameronian Inn, sebuah penginapan popular di Tanah Rata. Tetamu di penginapan ini boleh bersiar di taman indah yang boleh dijumpai di kawasan Inn atau melayari Wifi percuma di lobi.

Tarikan yang berdekatan dengan Cameron Inn adalah, Strawberry Farm 10 minit memandu dan Ladang Teh Boh 25 minit memandu.

Terdapat 18 bilik di Cameronian Inn ini dan ada sesetengah bilik yang mempunyai bilik air persendirian, yang lain mesti menggunakan bilik air berkongsi .

Penginapan ini juga menyediakan Cafe dengan sajian tempatan jika anda terasa untuk menjamu selera tanpa berjalan jauh.

Harga: Dari RM65 Semalam

Lokasi: 16, Jalan Camelia, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland.

2. Heritage Hotel Cameron Highlands. Dari RM188 Semalam.

Heritage Hotel merupakan antara resort terbesar di Cameron Highlands yang menawarkan pengalaman hotel butik yang selesa dan lengkap dengan fasiliti sama seperti hotel 4 bintang yang lain.

Dari tingkap bilik anda akan dapat melihat pemandangan Tanah Rata dan hotel ini sering diselindungi oleh kabus putih yang nyaman seolah-olah anda berada di awanan.

Di kawasan lounge pula anda boleh duduk sambil minum teh Cameron sambil mencuba kek dan biskut beraneka pilihan.

Nak ke tanah rata pula anda hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit.

Harga: Dari RM188 Semalam

Lokasi: Jalan Gereja, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland.

3. Casa Loma. Dari RM225 Semalam.

Penginapan yang tersembunyi disebalik pohon-pohon hijau ini boleh di jumpai di kawasan Tanah Rata.

Harga: Dari RM225 Semalam

Lokasi: Bunglow Green Hill Green Hill Resort, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland.

4.Jasmine Hotel. Dari RM98 Semalam.

Jasmine hotel merupakan satu lagi pilihan hotel bajet yang popular di Cameron Highlands dengan tawaran harga bilik murah bawah RM100 semalam.

Tarikan popular yang berdekatan adalah pasar malam pekan Brinchang yang hanya 5 minit sahaja berjalan kaki.

Jika anda memandu pula, taman rama-rama dan ladang kaktus mengambil 15 minit manakala Ladang Teh Boh mengambil masa 20 minit.

Kerana hotel ini terletak di lokasi yang strategik di pekan Brinchang, anda tidak perlu risau apabila hendak mencari restoran ataupun kedai.

Harga: Dari RM98 Semalam.

Lokasi: No 29 – 32, 39100 Brinchang, Cameron Highland.

5. Smurf Inn. Dari RM120 Semalam.

Kalau anda terbayangkan perkampungan orang kerdil berwarna biru comel yang ditanyangkan didalam kartun popular tahun 1990han selepas mendengar nama hotel ini anda sebenarnya tidak jauh dari realiti.

Tidak lengkaplah perkampungan smurf tanpa aktiviti untuk kanak-kanak, oleh itu pihak hotel telah menyediakan taman permainan berhampiran kawasan hotel khas buat anak-anak tetamu.

Kerana ia terletak di Brinchang anda tidak jauh dari banyak tarikan menarik seperti taman rama-rama Cameron Highland dan ladang kaktus.

Harga: Dari RM120 Semalam.

Lokasi: No 8, Chateau Avenue, off Jalan Chateau Royal Chateau,Tanah Rata, 39000 Brinchang, Cameron Highland.


6. Natasya Resort. Dari RM190 Semalam.

Kalau anda sedang merancang percutian bersama kelurga ke Cameron Highland, agak susah untuk mencari penginapan yang menawarkan nilai untuk wang yang lebih baik dari Natasya Resort.

Apartment ini merupakan sasaran popular buat mereka yang datang bercuti ke Cameron Highlands bersama keluarga.

Ini kerana mereka menyediakan dua jenis penginapan yang luas dan selesa. Apartment satu bilik yang bermula dari RM250 boleh memuatkan sebanyak 4 orang, manakala bilik double pula boleh memuatkan sebanyak 6 orang.

Disamping itu rekabentuk, hiasan bilik dan suasana kawasan luar yang mengelilingi Natasya Resort ni betul-betul mengingatkan anda bahawa anda berada di Cameron Highlands.

Di depan apartment kelihatan taman, di luar balkoni pula pemandangan gunung yang hijau.

Harga: Dari RM190 Semalam.

Lokasi: Lot 6 Entertaiment Complex, Kea Farm, 39100 Brinchang, Cameron Highland.

7. Hotel Rainbow. Dari RM90 Semalam.

Salah satu hotel bajet mesra keluarga popular di Brinchang adalah Hotel Rainbow yang boleh dijumpai sederet dengan rumah-rumah kedai di pekan Brinchang.

Walaupun Hotel Rainbow ini sebuah hotel bajet yang menawarkan bilik bermula dengna harga RM90 semalam, namun biliknya cukup lengkap dengan TV berserta Astro, fridge mini dan Wifi.

Untuk mereka yang datang ke Cameron Highlang untuk lawatan bekerje pula, di dalam setiap bilik disediakan untuk anda meja kerja dan kemudahan untuk membuat teh & kopi.

Disebabkan hotel ini terletak di kawasan rumah kedai, tugas seperti mencari makanan atau barang keperluan semasa bercuti agak senang.

Tanpa berjalan jauh anda boleh menemui ladang strawberry dan kaktus hanya 10 minit saja berjalan dari hotel.

Disini juga terdapat pasar malam popular jika anda tertarik hati untuk merayau di pekan Brinchang pada waktu malam.

Harga: Dari RM90 Semalam.

Lokasi: Lot 25, 39100 Brinchang, Cameron Highland.