Sayang Nak Makan Ape? Antara Soalan Maut Yang Tidak Boleh Diutarakan Kepada Isteri

BLogTips
0

Dalam kereta selepas mengambil isteri di tempat kerja, saya mengemukakan beberapa pilihan.

"Sayang, sempat ke nak masak atau kita tapau je atau makan kat kedai?", saya senaraikan pilihan-pilihan yang ada dengan harapan isteri akan mudah memilih.

"Abang boleh tak kita gerak dulu menghala ke rumah. Nanti kalau tak sempat baru kita decide. Maghrib 7.30 kan? Tapi kalau boleh orang nak masak", isteri tak buat pun pilihan dan saya perlu cepat membuat pelan kontigensi yang ada.

Jam menunjukkan pukul 7 petang. Saya lihat isteri tersenguk-senguk menahan mengantuk. Saya memahami bebanan tugas dia hari ini.

"Sayang, abang rasa tak sempat pun sayang nak masak. So kita nak berhenti Giant atau pasar malam?", saya pandang pada isteri.

Tiada jawapan.

"Sayang, kita berhenti pasar malam. Beli je makanan untuk berbuka, lepas tu kita beli sayur dan ikan siap-siap", saya membuat keputusan bagi pihak isteri.

Isteri setuju.

"Sayang nak makan ape?", Gulp. Saya rasa soalan tu pun tak perlu saya tanya dan wajar saya tarik balik 😬.

"Abang beli nasi dagang dan untuk sayang nasi kerabu ok? Nak sayur lebih dan tak nak budu kan", isteri mengangguk-angguk.

Moral of the story.
+ Suami perlu menjadi pembuat keputusan paling dominan.
+ Isteri biasanya mempunyai pilihan yang banyak sehinggakan dia tak tahu nak buat keputusan 😅.
+ Isteri biasanya watak berkorban. Dia bercita-cita nak masak banyak lauk tetapi dia lupa dia bukan superwoman yang boleh buat banyak perkara dalam masa 15 minit.

Situasi ini mengingatkan saya akan pesanan seorang sahabat, "Isteri kita biasanya akan suka berkorban dan diaorang sangat hargai jika suami sedar yang dia telah berkorban. Tapi satu je, harga untuk sebuah pengorbanan tu adalah kesetiaan"
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)