George Modelski di dalam bukunya Long Cycles of World Politics, menerangkan mengenai teori kekuasaan selama 100 tahun. AS, dilihat telah menghampiri tanda-tanda ‘deconcentration of dominance’ .
China dijangka akan menjadi kuasa dunia yang baru. Tetapi bagaimana corak pentadbiran dunia yang baru ini?
Pada kurun ke 16, kuasa dunia adalah pada tangan Portugal, pencabarnya adalah Sepanyol. Perang dunia berlaku sekitar 1494-1516 dan Portugal pada ketika itu berpakat dengan Belanda.
Kemudian kurun ke 17 Belanda memegang tampuk pemerintahan dunia, diikuti oleh Britain selama 2 kurun, sebelum diganti oleh AS.
"In Modelski’s history, the next world leader has not been the challenger, but has been one of the countries in the coalition brought together by the world leader to fight the challenger. The case of the United States and Great Britain is a clear illustration of this process. Great Britain’s role as world leader was challenged by Germany resulting in the two world wars."
Beberapa bacaan senario yang boleh kita gambarkan dalam fasa sekarang.
1) Akan berlaku kucar-kacir dalam pertembungan politik dalaman AS sendiri. Hal ini boleh dilihat dalam dasar-dasar Trump yang dilihat sangat rasis.
2) Kredibiliti AS akan jatuh di mata dunia. Negara yang mendapat perlindungan daripada AS akan bertukar arah, seperti apa yang dilakukan oleh Filipina.
3) Perbezaan paling besar di antara Trump dan Clinton adalah berkenaan polisi luar negara AS bersama NATO.
4) Trump bersikap skeptikal tentang peranan NATO pada hari ini dan dia merasakan bahawa AS telah mengeluarkan belanjawan yang lebih banyak daripada manfaat yang diperoleh daripada persekutuan tersebut. Menekankan keganasan sebagai isu kritikal hari ini, Trump mendakwa NATO tidak berperanan dalam menghalang aktiviti yang berpotensi membawa kepada isu keganasan.
5) Berbeza dengan sikap Obama terhadap Presiden Vladimir Putin, Trump berasakan bahawa menjalinkan hubungan bersama Presiden Russia penting demi manfaat AS dan ini disambut baik oleh Presiden Putin. Adakah ini tanda kepada kebangkitan ‘orang kulit putih?’ yang lebih nasionalis?
6) Jika diteliti pada dasar Trump dalam isu Laut China Selatan, Trump kelihatan, akan menghantar kapal-kapal dalam skala yang banyak di sana. Ini memungkinkan peluang tercetusnya konflik di Llaut China Selatan berlaku pada skala yang tinggi. Adakah perang dunia yang seterusnya akan berlaku di rantau Asia Tenggara? Satu sanggahan kasar dan agak simplistik. Apakah bentuk konflik yang akan berlaku? Perlu diperhalusi. Dalam hal ini Rand telah mengeluarkan satu report yang bertajuk “War with China: Thinking Through the Unthinkable”. Matlamat utama AS adalah mengelakkan konflik.
7) Geoff wade seorang Profesor di Australian National University dan juga penasihat kepada tentera Australia dalam sebuah artikel yang bertajuk ‘China’s six wars in the next 50 years’ mengatakan China telah membuat beberapa projeksi mengenai perancangan perang yang mereka bakal ambil melalui propaganda yang telah disebarkan dalam satu akhbar China, Zhongguo Xinweshe bertajuk, “Mendedahkan 6 perang yang China perlu hadapi dalam masa 50 tahun ini”
Enam perang yang dimaksudkan itu adalah.
1) The war to unify Taiwan (2020–2025)
2) The war to recover the various islands of the South China Sea (2025–2030)
3) The war to recover southern Tibet (2035–2040)
4) The war to recover Diaoyutai and the Ryukyus (2040–2045)
5) The war to unify Outer Mongolia (2045–2050)
6) The war to recover the territory seized by Russia (2055–2060)
Walaupun propaganda ini agak melampau, tetapi dari sudut ekonomi China telah memulakan langkah dengan strategi OBOR (One Belt One Road) mereka di serata dunia.
Dengan kekalutan yang berlaku dalam politik AS, maka China akan mengisi kekosongan ini dan mengambil kesempatan, atas kelemahan politik dalaman AS untuk mendominasi pentas dunia sebagai kuasa dunia yang seterusnya.
Keadaan di Timur Tengah dilihat akan menjadi lebih rumit. Dalam hal melawan Islamic State (IS) yang dipropagandakan oleh Barat, kedua-dua Donald Trump dan Hillary Clinton mempunyai polisi yang sama dan tidak berubah.
Hal ini dapat dilihat apabila kedua-duanya mengkehendakkan agar pakatan Barat dan dunia Arab melawan IS, menjadikan supaya wujud kawasan yang tidak boleh dilalui oleh kapal terbang di Syria, meningkatkan serangan udara ke atas negara tersebut dan menambahkan tentera AS di Syria.
Kesimpulan
Kemenangan Trump membawa kepada corak baru kepada pentadbiran politik dunia. Pemilihan ini memberi gambaran akan keadaan politik dalaman AS yang semakin lemah. China akan mengambil kesempatan atas kelemahan ini dan meneruskan projek-projek mereka untuk memegang hegemoni dunia.
Asyraf Farique, Fatin Nadhirah & Aiman Faudzi
Penganalisis IRIS Institute