13 Oktober, 2016

RUPANYA TIDUR DALAM KERETA SUATU PERBUATAN MERBAHAYA

Salam Jumaat buat semua. Arini admin terjumpa satu artikel yang sangat berguna so admin nak berkongsi dengan mommies semua..

Info Penting‼️ Sila Baca‼️

Apa jadi pun, jangan la tidur dalam kereta masa kereta tengah idle/tak bergerak sebab ianya boleh membunuh. Dah banyak kes sebelum ni orang mati sebab tidur dalam kereta, tapi masih ramai yang buat.

Contohnya bila rumah/office black out. Aku tengok ramai orang keluar rumah, start enjin, duduk dalam kereta sebab konon-kononnya panas takde kipas dalam rumah. Alahai, panas ape la sangat. Lain kali standby satu kipas jepun. Paling senang amik suratkhabar buat kipas.

Sama juga kat RnR highway especially waktu malam. Aku tengok ramai yang tido dalam kereta sambil engine dan aircond ON.

Tidur dalam kereta bahaya kalau:

1. Engine ON, aircond ON, tingkap fully tutup.
2. Engine OFF, aircond OFF, tingkap fully tutup.

Bila engine ON dan kereta idle dalam jangka masa yang panjang, kebocoran gas CO daripada ekzos boleh masuk ke dalam cabin penumpang. Ada dua cara CO membunuh, pertama ianya akan menyerap ke dalam darah bersama oksigen dan dipam ke seluruh badan dan merosakkan organ. Kedua CO akan bergabung dengan Oksigen membentuk CO2 (karbon dioksida). Maka oksigen yang tinggal akan berkurangan dan penambahan gas CO2 akan menyebabkan keracunan. Lebih teruk orang selalu tutup tingkap rapat bila ON aircond dan sebab nak tidur.

Kalau engine OFF, tapi tingkap tutup rapat, akan sebabkan kekurangan oksigen.

Boleh kalau nak tidur dalam kereta tapi tingkap tu kene turunkan sikit. Agak cukup tangan dari luar tak boleh masuk. Aku pun selalu kalau nak tidur aku akan OFF aircond dan turunkan tingkap sikit. Jangan turun banyak sangat, nanti pencuri boleh bukak dan kalau nak tidur, parking kat tempat yang ramai orang.

Bila korang terperangkap dalam traffic jem, mesti korang akan rasa pening kan? Mungkin korang ingat sebab kereta yang kerap bergerak dan berhenti, tapi sebab sebenarnya ialah keracunan CO. Masa traffic jem, penghasilan gas CO akan lebih banyak bila banyak kenderaan berkumpul bersama. Mungkin sebab ni la sampai 15 orang meninggal dalam jem teruk di Indonesia baru2 ni. Apa yang korang perlu buat bila rasa pening masa traffic jem, ialah bukak tingap sekejap dalam 30 saat. Bagi oksigen masuk sikit dan keluarkan CO dari cabin.

Kesimpulannya, elakkan la tidur dalam kereta kalau bukan hal emergency.