LOVE BITE atau GIGITAN CINTA adalah perkara biasa yang dilakukan oleh pasangan yang sedang dilamun keghairahan dalam percintaan. Gigitan ini berlaku kadang kala tanpa sedar kerana keasyikkan nafsu yang tidak dapat dihalang lagi malah boleh berlaku dalam keadaan mata terpejam kesedapan.
Kesan gigitan cinta ini boleh mendatangkan masalah kepada lelaki terutamanya kerana tidak dapat menyembunyikan kesannya dari pandangan umum. Bagi perempuan pula gigitan cinta ini boleh dihalang dengan pemakaian tudun atau lilitan kain di leher.
Lokasi utama biasa berlakunya gigitan cinta ini adalah kebiasaannya di leher seperti mana yang dilakukan oleh Drakula yang ingin menyedut darah mangsanya. Kesilapan kaum lelaki adalah apabila membiarkan pasangannya membuat love bite pada lehernya dan tidak dapat menghilangkan kesannya dalam masa yang singkat.
Oleh itu, kaum lelaki perlulah berhati-hati dari terpengaruh dengan keasyikkan cinta hingga memalukan diri. Gigitan cinta ini boleh dilakukan di tempat yang lain selain daripada leher jika tidak ingin di ketawakan oleh rakan-rakan yang lain.
CARA MEMBUAT GIGITAN CINTA ATAU LOVE BITE