TEKNIK MENGAMBIL UKURAN UNTUK JAHITAN BAJU

🌺Mengambil Ukuran menggunakan inci ye 🌺

1. BAHU
Letakkan tali ukur di pangkal tulang bahu kanan hingga kiri melalui lengkungan leher. Boleh rasa tau tulang bahu tu. Sebelum letak tape tu boleh tekan2 lembut ada tulang joint antara hujung bahu dan pangkal lengan. Ukuran ni penting,terletaknya baju tu sebab ketepatan ukuran ni.

2. LABUH TANGAN.
Ada 2cara ambil ukuran ni.

-tanpa alihkan tape masa ukur bahu tadi, terus tarik tape hingga hujung tangan. Bacaan akhir nanti tolak je ukuran bahu tadi. Sebagai cth:
Bahu 14"
Labuh tangan & bahu 39"
Jadi, labuh tangan 23"

Tapi, kelemahannya adalah kadang2 kita boleh tersilap tolak jika bacaan bahu&labuh tangan nanti melibatkan hoon. Cth bacaan bahu dan labuh tgn 39inci 6hoon. Nak tolak bahu 14" 2hoon. Ha masaklah mengira hoon tu bagi yang tak biasa ngan tali ukur.

-Alih tape bacaan bahu tadi. Letakkan tape di tulang bahu tadi dan tarik sehingga hujung lengan,atau lebih tepat tulang di pangkal tangan. Atau ikut uols nk labuh mana. Boleh refer pict no 6 untuk step ni.

Kalau nak hujung tgn getah ke kaf ke jangan gatal2 tambah ukuran ye. Seperti kami tulis atas tadi, ini adalah UKURAN ASAS. Jadi ukur yang asas je dulu. Nak tambah2 nanti kite citer masa lakar pola.

Bagi yang nak zip hujung tangan boleh ukutlilit hujung tangan . Agak2 je besar mana korang nak. Jangan ketat sangat sudah la kang jadi robot tak leh gerak

So ni lah 2cara tu. So ikut uols nak folo step mana. Nk try error pun boleh.

3. DADA
Ukurlilit dada ,pastikan tape mesti diparas puncak dada. Jangan lilit ketat sangat. Cukup sekadar ngam2. Masa lakar pola kita akan tambah kelonggaran. Ukuran lilit ni hanya sekadar ukuran asas.

4. PINGGANG
Ukurlilit pinggang. Sama macam dada tadi. Ukuran ni adalah separas ngan pusat. Jangan beria cari kat mana pusat pulak, anggaran paras pinggang kain/seluar sudah memadai. Ukuran ni adalah sebagai benchmark untuk blouse kita nanti.

5. PUNGGUNG
ukurlilit punggung mesti diparas puncak punggung.

6. Leher.
Ukurlilit leher dengan kelonggaran 2jari. Just masukkan 2jari telunjuk dan tengah masa ukur ni. Atau boleh juga dengan kelonggaran yang korang nak besar mana.

7. LABUH BAJU
Diambil dari depan bahagian badan. Letak tape di tulang pangkal leher sampai labuh mana korang nak. Blouse biasanya paras lutut.

8. PARAS PINGGANG
diukur dari belakang badan. Letak tape dari pangkal leher belakang sampai paras pusat tadi.

So, rasanya tu je untuk ukuran blouse.

*PENTING
💐Catat semua bacaan semasa mengukur dan simpan didalam buku khas supaya boleh dirujuk kemudian hari

💐Ukuran asas ni boleh digunakan untuk membuat baju lain seperti kebaya, kebarung, jubah,kurung moden. Hanya perlu olah masa lakar pola nanti. Jadi mohon ukur betul2

Share from fb.com/ninalabuchiboutique
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...