02 Januari, 2017

CARA SETTING YOUTUBE UNTUK ANAK KITA

Salam perkenalan, terima kasih kepada semua pembaca yang budiman. Kali ini admin mahu kongsi cara untuk kita setting youtube apps supaya selamat dari video-video yang kurang sesuai bagi mereka.

Youtube adalah perkara biasa bagi kanak-kanak hari ini. Malah ada yang baru berumur 3tahun dah pandai membuka youtube.

Menonton youtube tidak salah, malah banyak video yang bagus untuk ditonton oleh kanak-kanak. Contohnya video upin-ipin. Namun begitu ada juga video yabg bertajuk upin-ipin tetapi mtelah di edit dengan gambar yang lucah yang tidak sesuai untuk anak-anak kita.

Gambar sebelum setting.

Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita harus mengawal video yang ditonton oleh anak-anak. Caranya adalah dengan mengubah setting dalam youtube apps sendiri. Berikut adalah cara-caranya.

1. Klik simbol 3 titik diatas kanan youtube apps.

2. Klik button setting

3. Klik button general

4. On button "restrict mode" dan "nerd"

5. Hasil selepas setting. Tiada lagi video yang 18+ keatas.


Semoga tips ini membantu tuan dan puan. Mohon share untuk membantu keluarga yang lain pula. Terima Kasih.