KPI MARKETING YANG PERLU PENIAGA KETAHUI

Apa perbezaan marketing dan menjual? Kenapa kita perlu buat kerja marketing? Apa itu marketing? Apa KPI marketing. Post ini ada jawapannya.

Inilah kerja dan KPI orang marketing:

+ Dia mesti buat sampai semua orang TAHU akan kewujudan bisnes kita.

CONTOH: Jika kita buat taska, orang mesti tahu taska kita wujud. Kalau orang tidak tahu kita ada taska, macam mana mereka hendak mendaftarkan anaknya di taska kita?

+ Dia mesti buat supaya orang bukan setakat tahu, tapi sampai mereka timbul MINAT.

CONTOH: Jika orang setakat sudah tahu kita ada taska, tapi mereka tidak berminat dengan taska kita, maknanya taska kita takkan laku. Mereka tak mahu hantar anak mereka ke taska kita.

+ Dia mesti buat supaya orang bukan setakat ada minat, tapi sampai mereka memang MAHU.

CONTOH: Ini yang mesti dicapai orang marketing. Orang mesti MAHU mendaftarkan anaknya di taska kita. Padahal taska kita belum pun dibuka, tapi ibu bapa sudah mengisi borang pendaftaran!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...