MITOS DAUN RERAMA PENGUBAT KANSER, HAMPIR MERANGUT NYAWA WARGA EMAS

Nukilan Ahad seorang Pakar Buah Pinggang

Tidak boleh kencing lepas minum daun rerama!

Dua bulan yg lepas:
55 tahun, MakCik
Datang hospital kaki bengkak, perut besar penuh air terkumpul (ascites) sbb tak boleh kencing. Beliau mengambil daun rerama dah berapa minggu. Bacaan creatinine 930 umol/L (normal bawah 90) & perlu dialisis. Saya buat ujian biopsi (ambil contoh tisu buah pinggang) & beliau disahkan mengalami penyakit SLE & komplikasi buah pinggang, Lupus Nephritis (Class IV), juga terdapat interstitial nephritis (alahan buah pinggang disebabkan reaksi kpd bahan yg diambil). Alahan tu tak boleh salahkan ubat hospital ye sbb beliau sihat, tak ambil ubat apa2 sebelum tu.

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan antibodi (protein darah) dengan banyaknya & menyerang organ sendiri. Punca penyakit SLE tidak diketahui, dan telah menyerang buah pinggang MakCik ni.

Jarang pesakit yg alami ini tak ada kencing langsung, pendapat saya daun ni lah penyebabnya. Terkejut saya membaca website rerama ni mengatakan ia boleh merawat SLE!! Maaf ye, saya tak pernah lihat kajian terperinci dijalankan ke atas manusia berpenyakit SLE. Kajian dimakmal elok duduk dimakmal, dah siap nanti elok jumpa kami utk kajian fasa 3/4 untuk manusia pulak. Jangan terus memasarkan produk kata merawat penyakit. TAK BETUL.

Hospital kerajaan tak pernah ditutup, kami sedia membantu bila2 masa sahaja. Kami tidak pernah mengganggu hak asasi pesakit. Saya pun tak terkira berapa ramai pesakit yg datang & mohon maaf kepada saya kerana tidak mengikut nasihat. Faham lah ye kenapa kami trauma, ribuan yg kami lihat memilih jalan yg akhirnya mereka sendiri sesali. Kami sedih lihat penderitaan mereka!

Bertuah Makcik ini mempunyai anak2 yg prihatan. Entah berapa ramai orang2 lain suruh beli itu ini, sampai kena kunci rumah tak bagi jurujual datang! Beliau mendengar nasihat kami, ikut rawatan kami. Beliau menjalani kemoterapi "cyclophosphomide", alhamdulillah kencing keluar lepas 2 minggu, dan 4 minggu tidak lagi perlu Dialisis. Bacaan creatinine normal kembali😊. Tak payah daun, tak payah herba, tak payah apa2 teh.

Bincang dgn Doktor yg merawat, JANGAN dengar jurujual yg nampak gaya nak mengaut keuntungan. Kalau jujur, kenapa tidak menerima pendapat seorang Pakar Buah Pinggang?

#JanganKacauPesakitKronik
#MedTweetMY

Dr Rafidah Abdullah
Doktor sejak 1997
Pakar Perubatan sejak 2001
Pakar Buah Pinggang sejak 2005

C&P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...