RESEPI CHAR KUEY TEOW KETAM TSUNAMI TASIK BIRU

Resepi Char Kuey Teow Ketam Special Mudah!

Bahan-bahan:

1 1/12 genggam Kuey Teow
1 genggam taugeh
5 ekor udang
1 Ekor Ketam
5 sudu Sos Char Kuey Teow
Daun Kuchai
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 1/2 Lada Giling (cili boh)
Sedikit kicap manis
2 biji telur
Sedikit secukup rasa & gula
3/4 gelas air

Cara2 :
Rebus udang dan ketam dengan 3/4 gelas air. Dalam 5-10 minit. Ketepikan.
Panaskan minyak dan kuali dan tumis cili giling dan bawang putih sehingga garing.
Masukkan 5 sudu sos Char Kuey Teow Chef dan sedikit kicap. Kacau.
Masukkan stock air rebusan tadi, dan juga ketam dan udang. (kalau air stock sikit, masukkan air biasa)
Masukkan 2 biji telur yang telah dipukul. Kacau hingga hancur.
Masukkan kuey teow, daun kuchai dan taugeh.
Rencah kan dengan secukup rasa dan juga gula.
Kacau sekejap. Dan siap untuk dihidang dan di makan.

SELAMAT MENCUBA ^~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...