INI RUPANYA SEBAB ISTERI SUKA TENGKING DAN MARAH ANAK, SUAMI PERLU AMBIL PERHATIAN SERIUS

Tags

FAHAMI HATI ISTERI YANG SELALU MARAH DAN MENJERIT PADA ANAK²

Seorang suami minta nasihat mengenai isterinya. Isterinya asyik marah anak². Anak saya 3 orang ustaz. Isteri asyik marah & jerit pada anak². Terasa kasihan pada anak². Terasa tiada hari anak² tak kena marah. Kadang² saya tengok isteri saya sayang yg kecil jer. Kakak sulung asyik kena marah jer. Semua salah kakak besar. Saya takut anak jadi trauma. Dia kalau menjerit atau marah saya rasa nak lari rumah. Kalau saya cuba pertahankan anak saya. Dengan saya² kena marah..

Abg nak tahu tak Allah sayang abg. Bila saya dengar ketua keluarga ingin bertanya soalan begini tandanya dia seorang yg baik & bertanggungjawab. Abg nak bantu & selesaikan.

Sebenarnya selalu wanita tanya masalah suka cubit dan marah anak². Bila saya dengar saya terus tanya ada bincang dengan suami..itu antara punca utama.


Abg nak tahu tak sebenarnya bukanlah kita nak salahkan sesiapa. Selalunya wanita yg selalu marah² anak dan tak boleh kawal emosinya kerana dia dahagakan perhatian dan cinta suaminya. Dia rindukan suaminya. Dia ingin suaminya bersamanya. Isteri kita wanita yg Allah jadikan sensitif. Jiwa mereka lembut. Mereka dahagakan kasih sayang dan rasa kebersamaan dalam membuat segala urusan rumahtangga.

Wanita ini bila kita dah dapat hati dia. Semuanya akan jadi superb. Juta² kali lebih layanan dan kasih sayangnya kepada suami dan anak². Bila dah terluka dan sakit semuanya berubah...

Kita perlu sedar. Dia bukan bibik kita. Dia bukan orang gaji kita. Mereka wanita yg kita nikahi maksudnya ingin kita cintai, sayangi, bimbing dan pembantu kita sehingga syurga Allah. Mereka bukan milik kita. Mereka amanah Allah..

Sebab tu kata ulama pintu agama sebuah keluarga ialah ayah. Pintu agama buat anak² ialah ibu. Jika kita membimbing isteri kita dengan Islam dengan cinta & sayang insyaAllah isteri kita akan bimbing anak² kita Islam dengan cinta & sayang. Mereka dahagakan belaian & kasih sayang.


Peluk mereka. Sayangi mereka. Lihatlah nanti mereka akan peluk & sayang anak². Bila sampai rumah sunnah beri salam & peluk atau cium ahli keluarga. Anak² dahagakan pelukan & ucapan sayang. Mak anak yakni isteri kita yg penat sepanjang hari tu lagi dahagakan ciuman, pelukan & ucapan sayang terima kaseh dari suaminya. Begitu juga kita kan abg. Kita pun ingin begitu. Kita semua cuma manusia yg sedang belajar nak jadi baik.

Begitulah juga seorang ibu yg melayan anak besar sampai anak kecil dengan cinta & sayang..begitulah kakaknya pula akan mencintai adiknya. Esok adiknya pun akan saling mencintai & menyayangi kakak & mak ayahnya. Esok kita mati mereka tak berebut harta tapi berebut nak bagi syurga paling tinggi buat mak ayah. Cinta ialah pendidikan yg utama pada keluarga selepas iman.

Suami isteri yg saling membantu. Saling mencintai. Saling menghargai akan membuat anak² pun jadi begitu. Janganlah pernah bergaduh depan anak². Nanti anak kita akan jadi stress & mereka akan jadi hipokrit. Jangan paksa anak kita terpaksa memilh antara kedua ibubapa. Dalam kata lain satu bas tapi ada 2 pemandu & 2 arah tujuan. Kerana itu biarlah tidur sekali & mimpi pun sama.


Bila isteri marah anak. Jangan lawan atau marah isteri depan anak. Bila isteri marah kita bantu apa yg patut. Kadang² masa tu dia tengah susu anak, 2 anak lagi bergaduh & jatuhkan air atau makanan. Kita tolong kutip makanan yg jatuh bersihkan. Kita tolong jaga 2 anak lagi.

Biasa mereka marah sedang mereka masak lauk di dapur seorang diri. Kita suami kadang² tengok tv atau hp. Anak² dah sepahkan rumah ada yg mengacau di dapur. Mereka kunci jam Mereka masak sahur, mereka kena hidang. Mereka kejut anak. Mereka kejut suami, mereka kemas pinggan & dapur. Mereka kena marah kalau tak kemas. Mereka kena marah kalau terlambat. Mereka kena marah jika penat tak bangun sahur.

Mereka bukan marah anak sebenarnya abang. Seperti anak². Mereka buat hal, mereka jadi pelik, mereka bergaduh, mereka tak nak pergi sekolah, mereka dahagakan perhatian & kasih sayang ibubapanya. Lagi mereka kena marah & jerit lagi mereka berusaha tarik perhatian..buat macam²

Sebab tu banyak isteri yg dulunya baik & lemah lembut. Tapi bila suami dia buat hal & ada perempuan lain. Dia maafkan tapi belum dapat lupakan mereka jadi berubah. Terus jadi pemarah, kuat mengamuk & bermasam muka.. mula minta macam². Cemburu lain macam. Sangka macam² sebab hati mereka dah luka.

image_4
Klik gambar untuk Tips Kenali Durian Musang King

Ubatnya kita sebagai ketua keluarga hidupkan amalan ta'lim dalam rumah. Pergi berdating berdua. Berjuang di jalan Allah. Cuba bawa isteri 3hari belajar iman. Berada di jalan Allah. Pergi umrah. Ziarah Kaabah. Ziarah Rasulullah saw. Solat malam sama². Bersyukur kunci segalanya. Sentiasa sabar. Lihat orang yg lebih susah dari kita.

Ya Allah sayangilah isteri kami yg tercinta. Kami maafkan segala salah silap mereka semua kepada kami. Kerana semua ini salah kami sebagai suami kerana belum menjadi suami yg baik. Maafkan kami kerana belum menjadi isteri yg baik

Ustaz Ebit Lew
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...