17 Mac, 2017

RESEPI BUTTER CAKE GEBU SUN FLOWER


Resepi Butter Cake

Bahan-bahan :
4 biji Telur
125g Gula Kastor
1/2 sb Ovalet
190g Tepung Superfine
220g Butter
2 sb Susu Pekat
1 st Esen Vanilla

Cara Membuatnya

Pukul telur, gula & ovalet sehingga kembang & pekat. Masukkan tepung yg di ayak sedikit2 sehingga sebati.

Di bekas berasingan, pukul mentega & susu pekat sehingga kembang. Masukkan esen vanilla.

Satukan kedua2 adunan sehingga sebati.
Lapik kertas & minyakkan tin kek.

Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Api yg terlalu kuat akan menyebabkan permukaan kek merekah.

Pastikan air betul2 menggelegak sebelum mengukus.