RESEPI KUIH BUAH ROTAN RANGUP

Tags

Resepi sedap ni memang terbaik, mudah dan sedap! Share la ya.. blh buat utk raya nti:


Bahan:
1. Tepung pulut (1 1/2 cawan)
2. Santan (1 cawan)
3. Bijan (1/2 cawan)
4. Gula (1/2 cawan)
5. Garam (1/2 sudu teh)

Cara penyediaan:
1. Campur santan, gula dan garam. Masak dengan api kecil. Kacau supaya santan tak berketul. Masak hingga gula hancur. Kemudian tutup api dan biar sejuk.
2. Bila santan benar-benar sejuk, curah sedikit demi sedikit ke dalam tepung.
3. Gaul rata hingga menjadi doh.
4. Ambil adunan doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil.
5. Salut rata bebola bersama bijan.
6. Goreng hingga garing dan bewarna coklat. Ia akan terapung di permukaaan minyak bila masak.


📸Berminat viralkan perniagaan anda? PM admin.

✔️Share dan tag kawan2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...