Family, children and ....

BLogTips
0
"Dewasa ini purata ibubapa yang gagal mendidik anak-anak ke arah pengamalan Islam
secara syumul begitu ketara sekali dan semakin membimbangkan . Impaknya dapat
dilihat dengan jelas dalam senario kehidupan anak – anak itu sendiri . Hal ini jika
berterusan akan merosakkan diri mereka, kasih sayang terhadap ibubapa mereka,
hubungan antara keluarga , orang tua dan ahli masyarakat setempat . Lebih jauh lagi ,
tempiasnya akan tersebar terhadap Islam dan negara.
Faktor penyebabnya ialah bapa , selaku ketua , pemimpin dan pelindung terhadap
keluarga , dan ibu selaku penasihat dan penggerak kepada peranan bapa. Malangnya
peranan ini gagal dilaksanakan , Antara kesilapan yang dilakukan ialah :

1. Kurang penekanan terhadap kewajipan solat – tidak mengajar anak solat dengan betul
dari segi bacaan dan perbuatan kerana sifat menyerah tanggungjawab tersebut kepada
ustaz di sekolah atau kelas Fardhu ‘ain . Kalau anak – anak solatpun tidak pernah diuji
secara praktikal atau diperhati betul salahnya solat tersebut.. Begitu juga , jika dibawa
anak – anak ke masjid , ibu bapa tidak mengambil pusing anak – anak mereka sama ada
mereka sudah masuk saf atau tidak . Apasalahnya jika jarang – jarang ibubapa solat
dibelakang anak –anak. Dalam hal ini ada kalangan ibubapa yang tidak memaksa secara
tegas supaya anak – anak solat seperti solat Subuh atas alasan kasihan ( melihat mereka
nyenyak tidur) dan juga semasa menghadiri sesuatu majlis keraian , kenduri, perayaan
dan seumpamanya.

2. Tidak memberi perhatian t erhadap pembelajaran bacaan Al Quran anak –anak . Anak
– anak tidak ditanya atau menyuruh membaca semula apa yang pelajari pada hari itu
dalam bentuk ulangkaji . Juga tidak ditanya guru Al Quran tentang kemajuan dan sikap
anak – anak semasa belajar samatelah untuk memberi kuasa veto kepada si guru bagi
merotan anak- anak mereka.

3. Tidak memberi rangsangan dalam bentuk hadiah dan pujian terhadap anak – anak yang
cemerlang dalam solat , bacaan Al Quran ( hafalan lagi baik ) dan hafalan wirid serta doa.

4. Tidak menanam sikap kecintaan kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.

5. Tidak mengambil kesah pemakanan anak – anak sama ada di rumah atau di luar yang
kebanyakan bersumberkan subahah seperti ajinomoto , makanan segera , minuman
berkarbonat dan lain – lain lagi. Atau bersumberkan pembelian wang haram atau
subahah.

6. Membiarkan anak – anak bergaul bebas tanpa memerhatikan latar belakang kawan –
kawan mereka dari segi penjagaan solat , latar pendidikan , akhlak dan keluarga ( faktor
pengaruh) Walau bagaimanapun anak –anak tidak boleh dikongkong kerana akan
menghalang kematangan mereka dalam pergaulan.

7. Memberi kebebasan berpakaian tanpa menutup aurat khususnya anak perempuan.
Ramai ibubapa golongan baru segaja memilih dan mengatur pakaian anak- anak
mengikut ‘trend’ zaman ini . Sepatutnya anak –anak perlu diajar cara pakaian bersopan
bermula zaman awal kanak-kanak lagi . Ingat , panas akhirat mengatasi panas dunia!

8. Terlalu menekankan kecemerlangan akademik dengan menghantar tuisyen petang dan
malam serta hujung minggu (tuisyen sekolah dan persendirian : tidak semua tetapi ada)
sehinggakan anak – anak menjadi letih tetapi mengabaikan pendidikan Islam .

9. Membiarkan anak- anak menonton hiburan melampau dan drama yang tidak bermoral ,
mendengar muzik barat / cinta serta membaca novel cinta , majalah hiburan yang
diketahui tiada motif / unsur mendidik rohani .

10. Tidak membawa anak – anak menziarahi kubur yang bertujuan untuk mengingatkan
hari penyudah hidup.

11. Tidak membawa anak – anak terutamanya anak yang remaja berziarah ke rumah ahli
keluaga dan saudara mara sambil memperkenalkan antara satu sama lain.

12. Tidak memanggil anak-anak supaya bersalam dan bermesra dengan tetamu yang
datang ke rumah ( tetapi dengan menjaga adab kesopanan )

13. Tidak memperjelaskan hukum hakam agama dalam semua aspek kehidupan baik
rohani , jasmani dan ketuhanan Allah Yang Maha Esa.

14. Tidak menanam sikap menolong orang susah , fakir dan miskin serta amalan
bersedekah .

15. Ibapa tidak menunjukkan contoh yang baik selaras dengan kehendak Islam.

16. Ibubapa terlalu mengejar dunia sehingga semua di atas tidak terlaksana!
Sekian daripada saya. Marilah kita sama – sama mengambil pedoman lebih – lebih lagi
diri saya . Ingatlah bahawa anak – anak itu adalah permata hati kita dan juga salah satu
penyebab penentu sama ada kita duka atau bahagia di akhirat kelak . Janganlah kita
menyesal semasa di alam barzakh kelak kerana apa yang dilakukan oleh anak –anak
sesungguhnya sahamnya tetap mengalir kepada kita , amalan baik berbahagialah kita ,
kalau jahat celakalah kita .
Seperkara lagi , dunia sedang menuju ke arah kemusnahan yang sangat hampir.
Peperangan , bencana bumi berlaku di sana sini , maksiat dan kemungkaran tanpa henti
bahkan disanjung pula . Siapa yang akan menyelamatkan Islam kalau bukan kita dan
anak – anak kita serta zuriat keturunan kita . Macamanapun usaha ini akan berjaya JIKA
dengan USAHA KITA selaku ibubapa dalam pembentukan sahsiah anak – anak
BERTERASKAN ALQURAN DAN HADIS. Wallahu’alam .

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)