15 Mac, 2011

Gosip OHBULAn Today


Tahniah kami ucapkan kepada Mizz Nina yang baru sahaja mengumumkan bahawa lagu nyanyian dia bersama Colby O’Donis, What You Waiting For telah pun mencapai lebih 600 ribu download. Ini sekaligus menobatkan lagu tersebut sebagai lagu Inggeris tempatan pertama yang berjaya mencapai jumlah sedemikian. Dalam perkembangan terbaru, Mizz Nina akan menjayakan konsert Bruno Mars sebagai opening act pada 10 April 2011 nant
bace lebih lanjut di Oh Bulan.. klik disini...



Spyshot untuk filem terbaru terbitan KRU Studio, Cinta Si Kura-Kura menampilkan muka-muka baru seperti Tiz Zaqyah & Aeril Zafril sebagai hero & heroin. Nampaknya, KRU yang selama ini sinonim dengan filem-filem CGI mencuba nasib dengan filem bertemakan percintaan pula. Paling menarik, Zizan Raja Lawak akan menyumbangkan suara sebagai kura-kura untuk filem ini


Usher Raymond, kini menjadi mangsa apabila video rakaman seks bersama bekas isteri, Tameka telah tersebar kepada pihak luar & akan dilelong kepada pembida tertinggi. Penyanyi OMG, percaya bahawa video tersebut merupakan salah satu barang yang telah dicuri dalam satu kes kejadian samun kereta miliknya pada tahun 2009. Dianggarkan, kerugian akibat kecurian tersebut membabitkan kos bernilai USD1 juta, termasuk barangan kemas & 2 buah laptop


Ini adalah update terkini untuk aktres Sharifah Sofia yang kini sarat mengandung lebih 8 bulan. Hasil maklumat daripada Twitter Sharifah Sofia, dia & suami berdebar-debar menghitung hari untuk menyambut kedatangan anak pertama, dalam lingkungan 10 hari lagi.