BAHAYA AIR KETUBAN KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN

BLogTips
0

Punca Air Ketuban Bocor Awal Sebelum Sampai Waktu Bersalin
===================================================
Air ketuban melindungi bayi dari hentakan atau gegaran dari luar. Ia juga merupakan medium perkumuhan bayi. Apabila selaput sarung ketuban bocor, air ketuban akan keluar dan ianya adalah antara tanda dah nak bersalin. Walau bagaimana pun ia boleh membahayakan nyawa bayi jika bocor terlalu awal. Kali ni saya kongsikan punca air ketuban bocor awal sebelum sampai waktu bersalin.
.
Selain alert tentang tanda air ketuban bocor, adalah sangat penting untuk ibu mengandung mengetahui apakah punca air ketuban bocor awal sebelum waktu bersalin supaya kita boleh elakkan mana yang mampu.


1. Air ketuban terlalu banyak
Air ketuban yang terlalu banyak akan memberikan tekanan yang kuat kepada sarung ketuban, dan akhirnya selaput ketuban bocor sebelum waktunya.

2. Kemalangan
Kemalangan yang melibatkan hentakan atau anda terkejut boleh menyebabkan selaput ketuban bocor. Oleh itu elakkan diri daripada terdedah kepada situasi yang bahaya & sentiasa berhati­hati semasa di jalan raya

3. Kulit sarung ketuban terlalu tegang
Apabila sarung ketuban menjadi terlalu tegang, ia juga boleh menjadi punca air ketuban bocor sebelum waktunya.

4. Kandungan berisiko
Kandungan berisiko juga boleh menjadi punca air ketuban bocor awal sebelum sampai waktu bersalin. Di antara contoh kandungan berisiko ialah ibu yang sudah berumur, ibu dengan masalah rahim lemah, peranakan jatuh, dan komplikasi kehamilan yang lain.

5. Kekurangan nutrisi
Kekurangan nutrisi juga boleh menyebabkan air ketuban bocor awal. Oleh itu pastikan anda mengamalkan amalan pemakanan yang baik untuk ibu mengandung sepanjang tempoh kehamilan agar anda &
bayi dalam kandungan mendapat nutrisi yang secukupnya.

Adakah Air Ketuban Bocor Awal Merbahaya?
====================================
Ya, air ketuban bocor awal boleh membayakan bayi dalam kandungan. Ia mungkin menyebabkan bayi terkena jangkitan kuman. Kebocoran juga boleh menyebabkan air ketuban menjadi kurang & memaksa bayi dilahirkan awal bagi mengelakkan kematian.

Semoga bermanfaat
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)