Cara Membuat Minyak Selusuh

BLogTips
0

Petua orang tua-tua kalau hendak mudah bersalin amalkan minum air selusuh. Air selusuh dikatakan dapat membantu proses kelahiran bayi.

Mungkin ibu-ibu moden zaman 'selfie' sekarang semakin tidak percaya akan keberkesanan air selusuh tetapi tidak salah jika membuat ikhtiar ini. Selain dikatakan memudahkan proses bersalin, ia lebih digunakan sebagai penenang jiwa.

Apa yang ibu perlu tahu, kebiasaannya air selusuh digunakan sebagai suatu ikhtiar yang berpandukan Al-Quran dan Hadis. Asalkan ia tidak bercanggah dengan syariat Islam maka tidak salah untuk mencubanya sebagai ikhtiar.

Sebaiknya air selusuh dibuat sendiri atau dibuatkan oleh suami, ibu bapa, ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang dirasakan berkelayakan untuk melakukannya.

Ini adalah cara membuat sendiri air selusuh

Cara 1

1. Al-Fatihah.

2. Surah al-Hasyr ayat 21.

3. Selawat syifa
(Ya Allah berikan rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya).

4. Bacakan doa "Ya Allah dengan hak Maryam dan dengan mereka yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan nama ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rahmat". Kemudian tiup pada air atau minyak, perlu minum tujuh hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.

5. Sapukan air atau minyak di perut ibu dari atas ke bawah dengan selawat tujuh kali.

6. Minyak selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila sakit hendak bersalin.

Cara 2

1. Beristighfar tiga kali.

2. Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad S.A.W, dan para sahabatnya.

3. Al-Fatihah satu kali.

4. Selawat 11 kali.

5. Alam Nasyrah tujuh kali.

6. Al-Ikhlas tiga kali.

7. Al-Falaq tiga kali.

8. An-Nas tiga kali.

9. Al-Fatihah satu kali.

Kemudian doa apa yang dihajati.

Cara 3

1. Al-Fatihah. Apabila sampai di ayat kelima, lintaskan di dalam hati memohon memudahkan bersalin sebanyak tiga kali.

2. Selawat Syifa tujuh kali.

3. Surah al-Hasyr ayat 21 tiga kali.

4. Surah Al-A'raa ayat 54 tiga kali.

5. Hembus pada air, minyak atau kurma.

Semoga bermanfaat!
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)