MENYESAL KERANA MELAYAN LELAKI TERLALU MESRA

BLogTips
0

“Mis.. Mis.. Kalau awak ni isteri saya dah lama saya peluk. Hahaha…”

Satu ayat penutup perbualan yang berjaya membunuh terus mood baikku. Aku diam. Membiarkan dia berlalu walau waktu itu aku tidak lagi senyum. Aku naik ke bilik. Merenung diri di hadapan cermin. Apa yang telah aku buat sebenarnya? Apa sebenarnya yang telah aku katakan ? Tergedikkah aku? Terkenyit matakah? Teralun suara manjakah? Tersenyum menggodakah? Tertepuk tertamparkah? Sehingga seorang lelaki ajnabi bukan mahram berani melafazkan ayat itu di hadapanku. Itu yang terlafaz, yang tersirat tak tahulah.

Betapa berdosanya aku ya Allah. Betapa berdosanya aku tidak menjaga maruah sehingga seorang lelaki gagal menundukkan pandangannya.

Pada suatu masa aku baca balik conversation lama kami. Setiap yang bincangkan, dari serius kepada yang bergurau keanakan, dari perkara penting sehinggalah sekadar bertanya khabar, dari perkara zahir sehinggalah yang sepatutnya tersembunyi. Aku teliti satu-satu setiapnya. Di situ silap aku. Silap aku yang terlalu bersikap terbuka sehingga lupa menjaga apa yang sepatutnya dijaga. Keterbukaan yang mungkin mewujudkan selangit keselesaan sehingga tiada batas, tiada jurang, tiada pemisah di antaranya.

Sedikit-sedikit aku faham layanan seseorang itu sebenarnya cuma pantulan dari layanan kita. Dia layan kita baik sebab kita layan dia baik. Dia layan kita macam sampah, sebab kita anggap dia sampah. Dia gatal sebab kita yang layan kegatalannya. Dia berani ajak couple sebab layanan kita sedikitpun tidak menunjukkan ketidak-bersetujuan. Dia berani ajak keluar berdua sebab sikap kita sedikitpun tidak menunjukkan penolakan. Dia berani genggam tangan kita sebab kita yang membalas genggamannya. Kita yang sebenarnya membuka jalan zina itu seluasnya. Kita..

Dear saudara-saudara perempuan sesyurgaku, jagalah. Jaga iman, jaga hati, jaga lidah, jaga solat, jaga aurat, jaga maruah, jaga kelakuanmu. Kerana boleh jadi jika kau tidak menjaga salah-satunya kau akan menarik empat lelaki ini ke neraka.

Ayahmu.

Suamimu.

Abang-abangmu dan,

Anak-anak lelakimu.

###
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)