14 Januari, 2016

RESEPI KERABU TELUR DADAR


KERABU TELUR DADAR

BAHAN-BAHAN:
1 keping lebihan telur dadar | dihiris halus
30 gm daun selum | dihiris halus
1 biji bawang besar | dihiris halus
1 helai daun limau purut | dihiris halus
1 biji cili merah | dicincang halus
1 biji limau nipis | ambil jusnya

CARA MEMASAK:
1. Masukkan hirisan telur dadar ke dalam bekas bersama dengan bawang besar, cili merah dan daun limau purut.
2. Perahkan jus limau nipis. Gaul rata
3. Sedia untuk dinikmati.