14 Januari, 2016

RESEPI SOTONG SUMBAT

Sotong Sumbat

bahan-bahan :
8 ekor sotong sederhana saiznya (dibersihkan)
2-3 biji telur
1 keping tauhu basah (dilenyek)
sedikit udang basah (dicincang) - optional
1/2 labu bawang besar (dihiris dadu) - optional
sedikit serbuk lada sulah
5 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 sudu makan udang kering (dikisar)
3 sudu makan cili giling
1 sudu makan serbuk kari ikan (bancuhkan dengan sedikit air)
sedikit serbuk kunyit
1 tangkai daun kari
sedikit kicap pekat
sedikit kicap manis
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara :
Bancuhkan telur bersama sedikit garam, lada sulah, tauhu dan udang. Kemudian goreng hingga kering. Jika berair, toskan. Ketepikan.
Lumurkan sotong dengan garam dan kunyit. Kemudian sumbatkan dengan inti telur tadi sampai habis. Sematkan dengan lidi. (DJ gorengkan sebentar dalam 1 minit, kemudian buka lidinya supaya masa menumis nanti isinya tak terkeluar)


Sementara itu, tumis bahan-bahan kisar dan daun kari hingga wangi. Masukkan cili giling dan rempah kari. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan kicap pekat, kicap manis, garam, gula dan air asam jawa. Kacau lagi hingga sebati.
Akhir sekali masukkan sotong. Kacau hingga kuahnya pekat.
Angkat dan hidangkan.
***boleh juga menggunakan telur rebus utk menyumbat sotong.


sumber rujukan resepi : DayangJack@DapurKu SaYang