Pembaharuan lesen memandu kompeten boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan, UTC, Kaunter 1JPJ, kiosk eKhidmat dan rangkaian Pejabat Pos Malaysia Berhad (PMB)
Syarat- syarat pembaharuan:
- Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1, 2, 3, 4 dan 5 tahun sahaja
- Tidak disenaraihitamkan
Dokumen yang diperlukan:
- MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil.
- Lesen memandu asal/salinan
- Dokumen pengenalan diri wakil yang asal
- 1 gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm
- Visa masih berkuatkuasa (warga asing)
- Bayaran RM20.00/tahun bagi kelas B2 B & C (Kelas A/A1 RM2.00). Bayaran RM30.00/tahun bagi kelas D & ke atas.
LESEN MEMANDU KOMPETEN (CDL)
| ||
Kelas A/A1
|
2.00
|
1 Tahun
|
Kelas B2 (tunggal)/B/C
|
20.00
|
1 tahun
|
Kelas D /E/F/G/H/I
|
30.00
|
1 tahun
|
*gambar sekadar hiasan