RESEPI LAKSAM YANG PUTIH YANG MENYELERAKAN

BLogTips
0
Resepi laksam (12 gulung)

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tpg gandum
sedikit garam
4 3/4 cawan air suam
3 sudu besar minyak masak

campur semua bahan2 diatas sehingga sebati...ketepikan sebentar

* panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang disapu dengan minyak masak
* masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk ...jgn tebal jgn nipis...agak2 la ye..kalau saya guna 3 senduk setiap adunan ...kukus dlm 5 minit..
* angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk.
* guna hujung sudu atau bende yang boleh cungkil laksam ni kluar dr loyang...terus gulung dr loyang tersebut hingga habis..
* kukus lagi adunan laksam tadi shingga habis..

Kuah laksam 6 orang makan

3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti
2 biji bwang sederhana besar
2 ulas bawang putih..
sedikit je halia
1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
sedikit belacan
1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
garam , gula
2 keping asam gelugur

* ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan
* bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya senang kisaran..
* masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan ikan
* kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula
* masak hingga mendidih..dgn api sederhana

Nota: belacan bakar- jika suka masukkan dlm laksam

Dihiris halus :

ulaman
kacang panjang
timun
tauge
kobis

Sambal laksam :

Semuanya kisar/tumbuk halus
sambal lada
sedikit belacan
lada merah
cili api merah
garam sikit

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)