SAMBUTAN TAHUN BARU, HARAM?

BLogTips
0
Harapan ADMIN, satu masa Tahun Baru Hijrah disambut gilang-gemilang dan menurut cara Islam macam-mana sekarang disambut Tahun Masihi...Apa-apa pun Selamat Menyambut Tahun Baru 2017M buat semua pengunjung page #HEPKIDU...Moga permulaan tahun baru ini lebih baik dari tahun-tahun y lalu...ADMIN bawakan sedikit ilmu tentang Sambutan Tahun Baru, ADMIN cedok dari fb #PUSalman."

😎😎😎😎😎😎
😀😉😀😉😀😉

HUKUM SAMBUTAN TAHUN BARU MASIHI

Ada 2 pendapat Ulama' tentang hukumnya :

1. Harus : Lajnah Fatwa Mesir

Dalilnya: Sabda Nabi saw:

«أنا أولى الناس بعيسى ابن مريم فى الدنيا والآخرة، ليس بينى وبينه نبى»

'Aku manusia paling rapat dgn Nabi Isa bin Maryam di dunia dan akhirat. tidak ada Nabi antara diriku dan dirinya.' Hadis sahih Bukhari Muslim.

walaupun tahun masihi ialah sempena Nabi Isa dan disambut oleh org kafir tetapi Nabi Isa adalah Nabi yg diimani oleh umat Islam. penggunaan tahun masihi bukanlah khas kepada mereka dan digunakan oleh semua. Masyarakat yg menyambut tahun baru tidak langsung mengaitkan dgn agama.

2. Haram. ulama saudi (pro salafi)

Dalilnya: Hadis Nabi S.A.W:

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ"

Sesungguhnya Allah swt telah menggantikan dua perayaan jahiliyah dgn yg lebih baik iaitu Aidil fitri dan Aidil adha. Hr Abu Daud.

Mereka hanya mengharuskan sambutan 2 hari raya saja dan mengharamkan sambutan hari2 lain berdasarkan hadis ini.

KESIMPULAN : Ini adalah perkara khilaf. terpulang pada masing2. jgn mendabik dada pendapat aku je yg betul. respect each other. yg penting elakkan sambutan yg boleh menyebabkan kemaksiatan seperti pergaulan bebas. seeloknya masjid atau pihak tertentu buat majlis mlm tahun baru yg diisi dgn hiburan baik dan ceramah santai agar mengelakkan muda mudi ke tempat yg terlarang.

C&P : PU SALMAN

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)