TIPS DIDIK ANAK BERPERIBADI MULIA

BLogTips
0
Sebagai ibu dan ayah, anda bertanggungjawab mendidik dan menjaga anak-anak sebaiknya. Dalam dunia masa kini yang banyak cabaran dan bahaya, sebaiknya asuh anak mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam. Dengan disiplin yang diajar sejak dari kecil, ia dapat membentuk benteng diri buat anak-anak sehingga dewasa.


Ibu dan ayah janganlah mengeluh penat asyik menasihat dan mengulang kata-kata yang sama kepada anak-anak. Mengikut kajian, nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkah laku yang baik.

1. Memberikan nama panggilan baik buat anak-anak. Seharusnya nama anak-anak hendaklah mempunyai makna yang baik. Bukankah nama anak itu adalah doa kepada diri mereka.


2. Memeluk anak setiap hari kerana kuasa pelukan memberikan impak positif yang luar biasa kepada anak.


3. Berikan kata-kata pujian kepada anak-anak untuk kebaikan yang mereka lakukan. Pujian dapat memberikan aura positif dan keyakinan diri yang tinggi kepada anak.


4. Beri anak-anak peluang untuk bercakap. Jangan asyik ibu ayah sahaja yang membebel. Sesekali cuba dengar pendapat yang diberikan oleh anak-anak. Ini dapat meningkatkan keyakinan diri mereka.


5. Elakkan menggunakan tangan atau anggota tubuh yang lain untuk memukul anak.


6. Berikan ciuman dan pelukan kepada anak sebelum tidur supaya mereka tidur dalam keadaan yang tenang dan gembira. Jangan biarkan anak tidur dalam keadaan sedih, menangis, kecewa atau selepas dimarahi. Perasaan negatif tersebut akan terbawa ke dalam tidur mereka dan ia boleh membuatkan tidur dan fikiran anak terganggu.


7. Elakkan melemparkan anak-anak dengan kata-kata negatif seperti 'degil', 'pemalas', 'bodoh' dan sebagainya. Bukankah kata-kata yang keluar daripada mulut ayah dan ibu itu adalah satu doa. Selain itu ia hanya akan membuatkan anak membesar sebagai anak yang tidak berkeyakinan diri dan mudah rendah diri.


8. Terima anak seadanya kerana setiap orang dilahirkan di dunia ini mempunyai sikap dan sifat yang berbeza. Pendek kata, tiada yang sempurna bagi seorang manusia itu, sama ada ibu bapa atau anak-anak.

Share & Tag pasangan anda ☺🌹

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)