TIPS PERSONAL BRANDING DI MEDIA SOSIAL

BLogTips
0
Kenapa tiada orang like, komen atau share post kita?
Kenapa tiada orang beli produk yang kita post setiap hari?
Kenapa orang lain mudah dapat pelanggan padahal produk yang dijual sama sahaja?

So disini ada beberapa nasihat keras untuk peniaga online oleh Cikgu June dalam post FB nya. Sesiap yang berminat untuk berguru untuk kembangkan bisnes online boleh hubungi Cikgu June Mohd Som.

KESAH LIKE KOMEN SHARE

Sedekah LIKE dan sedekah ILMU tanpa jemu. Saya praktis 2 rutin ini semenjak aktif di FB Februari 2014.

Kesilapan biasa orang bisnes yang berniaga di fb wall peribadi -- ASYIK FIKIR NAK MENJUAL. Mereka terlupa #MEMBERI terlebih dahulu.

At least.
👉Like lah FB wall bakal prospek kita.
👉Like lah FB post geng bisnes di FB ni.
👉Like FB Page kawan kita. Ehhh kalau bukan kawan pun, kita LIKE ajerrr. Usah berkira-kira sangat. Pejam mata. Tekan LIKE.

Kerana kuasa LIKE ini penting.
Ia adalah BUKTI dan #SOCIALProof penting dalam bisnes.

Berikut adalah 10 tips personal branding di Facebook oleh Cikgu June Mohd Som di FBnya.

10 TIPS PERSONAL BRANDING DI FB:
=================
1. Pastikan anda tukar setting FB kepada PUBLIC (bukannya friends only)
2. Guna ejaan penuh ketika menulis di FB.
3. Pastikan foto profile (DP) jelas nampak muka.
4. Kena selalu ziarah wall orang dan like dan komen post mereka.
5. Jangan jadi silent reader. Bila baca jer FB Post, terus like. Jangan kedekutzzz Like tu.
6. Post cerita yang baik, positif dan beri manfaat.
7. Sesekali guna bahasa rojak BM/BI. It's okay.
8. Tak perlu bersastera tinggi dan ikut tatabahasa karangan SPM. Tulis cara santai macam sedang bersembang minum kopi.
9. Post hanya 2-4 kali sehari di wall anda.
10. Jangan asyik cerita pasal bisnes uols. Perlu selang seli dengn cerita non-bisnes, gurau senda bermanja gitee.

Semoga post ini bermanfaat untuk anda membina keyakinan untuk terus jadi peniaga online.
Sila Share ya, Jangan Kedekut :)

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)