SEBAB SEBENAR FATTAH AMIN KELUARKAN BUKU YANG RAMAI TIDAK KETAHUI

Hari ni, bila buka je FB, penuh dengan cerita pasal buku Fatah Amin. Dok sibuk meroyan tentang jenis buku macam tu. Lepas tu, mulalah nak samakan dengan buku-buku yang sama sebelum ini... Amran Fans la, Hafiz Hamidun la, Faiz ibrahim la...

Benda ni mudah saja. Dia keluar buku pun atas nama dia sebagai artis dan sudah semestinya mempunyai ramai pengikut. Kat situ pun kita dah tahu 'target market' dia kat mana. Tak payah nak samakan dengan novel. Novel lain. Ada etika penulisannya tersendiri. Diorang yang keluar buku-buku macam ni pun tak pernah cakap yang diorang keluarkan novel kan? Nak kata buku-buku tu bangang, tak boleh jugak sebab memang dia keluarkan buku tu pun bukan atas nama buku ilmiah. Buku yang ada unsur lucah tu lagi bangang rasanya.

Jenis bahan bacaan macam ni, bolehlah kita anggap sebagai bahan bacaan alternatif yang ringan dan mudah dibaca oleh orang yang tidak minat atau tidak mampu membaca senaskhah novel.

Atau mungkin, ia juga boleh dianggap sebagai 'hadiah' buat pengikut-pengikut mereka. Kau tak suka, tak payah beli. Tak payah meroyan sana-sini cakap buku-buku macam ni buku bangang. Mungkin, bagi peminat Fatah Amin, tulisan kat dalam tu tak penting. Yang lebih penting, gambarnya saja yang boleh dibuat koleksi peribadi. Mungkinlah. Hmm...

* harap-harap, takdelah orang confused bila tengok gambar Fatah Amin tu nanti. Yela... Wajah aku dengan Fattah Amin tu pun tak jauh bezanya. Hmmm....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...