RESEPI GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN ORIGINAL MADE IN TEMERLOH

BLogTips
0

RESEPI GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN PAHANG

Sedap ni, ikan patin mentah pun murah je, makanlah sepuasnya. Klu makan kt kedai, sebelah patih dah berpuluh ringgit! Buat je sendiri! Share cpt!!!

Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin ~ bersihkan
15 biji lebih atau kurang cili api ~ tumbuk
1 batang serai ~ ketuk
2 sudu atau lebih tempoyak
1 tangkai daun kesum ~ jika suka
1 helai daun kunyit(saya tak letak sebab tak ada) ~ jika suka
Serbuk kunyit secukupnya(lebih sedap kalau guna kunyit hidup ~1cm)
Garam dan sedikit gula.
Air ~ ikut pekat kuah yg diingini

Cara penyediaan:

1. Masukkan cili api yg telah ditumbuk, tempoyak, serai, kunyit dan air ke dalam periuk. Kacau rata supaya tempoyak hancur dan tidak berketul. Masakkan bahan2 sehingga mendidih.

2. Kemudian masukkan ikan, daun kesum dan biarkan ikan sehingga masak. Tambahkan garam dan sedikit gula. Kalau kuah tidak masam, bolehlah ditambahkan tempoyak lagi(biasanya rasa masam ikan hanya dari tempoyak sahaja, saya tidak letak asam keping. Tapi kalau tidak suka kuah yg agak pekat, bolehlah ditambah asam keping utk menambah masam).
3. Bila ikan sudah masak, bolehlah diangkat.

Satu lagi cara memasak ikan:
Masukkan cili, serai, serbuk kunyit, tempoyak dan air ke dalam periuk, kacau rata hingga tempoyak hancur.

Kemudian masukkan ikan dan renihkan. Masukkan daun kunyit, daun kesum dan masak sehingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit gula. Bolehlah diangkat.


KUASA VIRAL! INGIN PERNIAGAAN ANDA DIKENALI RAMAI?

Tips mudah :

1. Re New branding: Cari konsep yang menarik, cari tarikan utk org kenali perniagaan kita, ctg : kedai makan, blh buat konsep hipster, artis, taman, atau klasik, anda boleh gantung pelbagai gambar dan barang2 klasik dlm kedai anda, barang2 yg dah lama tu blh la buang, ganti yg baru, sbb keselesaan pelanggan adalah perkara penting utk mereka dtg lagi dan ini blh menberi suasana unik dan org akan jadikan tempat yang wajib cuba utk bergambar, skrg IG adalah trand remaja.

2. Systematic : Pekerja, susun atur dan juga perjalanan perniagaan, tak boleh tangkap muat, pakaian pekerja kena jaga, kebersihan dan juga alatan yang dipakai. Pastikan sedap mata memandang, biar murah tp cantik

3. Kualiti dan kuantiti : Jangan letak harga murah tp makanan tak ada kualiti langsung, letak harga berpatutan dgn kualiti yang tidak kedekut beserta kualiti yang memuaskan, bandingkan perniagaan kta dengan perniagaan yang dah berjaya, bukan nak tiru tapi nak tgk positif dan negetif yg harus dibuang dan dikekalkan.

4. Promosi : Perkara ini sgt penting! skrg media sosial menjadi kegilaan ramai. Satu post yg menari blh viral, apasalahnya klu kita simpan sedikit kos utk promotkan jenama dan barangan kita, itu adalah pelaburan bijak yang membantu perniagaan, jangan kedekut utk org kenali kita!

5. Usaha sudah, tawakal juga penting. Doa dan minta pada Allah..
Selamat berniaga!!

share dan tag kawan2

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)