31 Mei, 2017

Resepi Kerabu Kerang Ala Thai Yang Menyelerakan

Resipi Kerabu Kerang Ala Thai

Bahan- Bahan

2 kilo kerang
10 batang cili api
3 biji limau nipis dibelah 4
2 biji tomato
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar air limau satang
2 inci belacan dibakar
1 genggam asam jawa jadikan 1 cawan jus asam jawa
garam dan gula secukupnya


Cara -Cara

1. Basuh kerang dan rebus kerang sehingga ada kerang yang terbukak sendiri
2. Buang air rebusan kerang dan segera letak ais dan air sejuk dari petis ais untuk elakkan kerang jadi kecut . Itupun antara tips untuk kerang nampak segar . Pastu buang separuh cengkerang dan gunakan separuh lagi yang berisi untuk dibuat kerabu
3. Hiris kasar cili api dan tomato
4. Satukan air asam jawa , belacan bakar , sos ikan , jus limau satang , cili api , tomato , garam dan gula dalam bekas yang sesuai
5. Gaulkan bersama kerang sehingga mesra
6. Akhir sekali perahkan limau nipis , campurkan sekali kulit limau dan gaul lagi sehingga sebati
7. Siap .

Jemput share dan tag kawan2