02 Jun, 2017

Resepi Kueh Lapis

KUEH LAPIS


Bahan-bahan :

3 cawan tepung beras
6 cawan santan sederhana pekat (lebih kurang 1200ml)
6 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara2

Panaskan pengukus dan sediakan loyang .

Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.

Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil. Tapiskan

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang sesenduk adunan tanpa warna ke dalam loyang.

Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang sesendul lagi adunan merah.

Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah.

Setelah siap, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong