Cara Betul Mengajar Anak Supaya Anak Tidak Meraung Bila Melihat Mainan

BLogTips
0

Firash ni mmg dr kecik lg kami didik dia klu nmpak mainan kt mana² toyshop, kedai DIY, kat kaki lima dia akn tgk je sambik kata umi, ni orang punya kan. Pernah kami lalu depan kaki lima, ada sorang makcik ni main² kan keta control depan dia, pastu kata adik nak ni tak? Si firash ni tgk muka umi dan kata umi, yg tu org punya kan. Hahhahaa

Sbb masa dia kecik dlu(masa tu dh faham apa yg kita bgthu) bila dia nmpak bnyak toys kt kedai, dia kata nakk, daddy akan terus cakap tu orang punya, tak boleh ambik.

Kalau kami nampak dia nak sgt benda tu (dia x mengamok guling² tp mata dia mcm berair, muka nampak frust) so kami faham la yg dia nak sgt² benda tu especially geng² giant truck mcm excavator, bulldozer, dump truck,daddy akan belikan TAPII bukan beli depan mata dia,bukan dia yg pegang dan bwk mainan tu ke kaunter. Kalau dia kata nak book, barulah kami izinkan dia bawak sndiri buku tu ke kaunter. Kami lg suka belikan buku sebenarnya.

Umi akn alihkan pandangan dia ke tempat lain dan daddy yg akn ambik mainan tu and bayarkan. Bila mainan tu dh ada dlm plastik, dia takkan perasan yg tu toys yg dia nak. Bila dh smpai rumah, mainan tu akan kami letak depan tv atau atas meja (tempat yg dia senang nak nmpak).mula lah buat muka sengih manis macam nak jilat jeee muka manis tu.Mak mertua ninnie yg ajar petua ni. Klu nak beli mainan kt anak, jgn beli depan mata dia. Klu tak nnti dia akn terbiasa bila nmpak je toys, nak time tu jgk. Klu xdapat ngamuk dalam kedai tu jgk. Budak² kannn.bukan dia tahu barang tu mahal ke murah. Nak² hrga toys skarang mahal kot, takkan tiap kali lalu kedai mainann kita nk kena belikan.

Smpai la sekarang Firash xde nak ngamuk²,merajuk bila nmpak toys banyak² kt kedai. Semalam bawak dia dan Raisya masuk DIY. si adik pegang patung barbie.boleh plk si firash ni jerit kat adik, "adikkkkk, tak boleh ambik, yg tu orang punya!! Smpai menangis² adik dia marah mcm tu (si firash ni mmg bajet abanggg kawasan sgt bila adik dia buat salah).
Hehe sekian untuk hari ni. Lain orang lain caranya.ini cara umi utk elakkan anak tantrum in public. Alhamdulillah cara ni masih berkesan utk anak kami setakat ni.

Kat Raisya pun kami buat jgk cara ni. Tp dia xfaham sgt lg. Dia suka ikut kepala dia je sbb kecik lg kot hahhaa. Guling sana guling sini tu mmg hobi dia. Bukan sbb nak barang, tp dia xsuka org dukung atau pegang dia masa berjalan. Tapi mmg bajet diva kot nak jalan sndiri nak bebas. Haha. Hat tu mmg xleh nak buat apa dah. Mata kita kena perhatikannn je mana dia nak pegi 😂

Kdt : Ninnie Kiddielove

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)