CENDOL TUTTY FRUITTY DI GERAI LIE CENDOL MEMANG PADU

BLogTips
0
Ini lah yang berlaku apabila golongan belia menggunakan kreativiti dan inovasi dalam memhasilkan menu bagi bisnes masing-masing. Golongan belia sewajarnya keluar dari kepompong bisnes tradisi dalam perniagaan masa kini untuk menarik minat pelanggan mereka.


Cendoi Tutty Fruitty diberi nama hasil gabungan air batu cendol dan buah-buahan yang berwarna warni lagi menyerlahkan hasil dan menyelerakan sesiapa pun yang melihat menu ini. Dengan harga Rm7 bagi satu mangkuk memang berbaloi untuk pelanggan membasahkan tekak mereka dengan kemanisan gula melaka dan buah strawberi serts mangga yang masam. Slurrpppp ada rasa masam manis dalam satu hidangan yang kreatif ini.


Selain cendol buah ada juga cendol pulut tradisional untuk penggemar cendol yang sukakan menu original ini. Berikut adalah harga bagi cendol yang dijual di gerai Lie Cendol ini.

Cendoi biasa - RM2
Cendoi pulut - RM3
Cendoi tutty fruity - RM7

Lokasi tempat Lie Cendol berniaga seperti dibawah.
Berhadapan Sekolah Maktab Mahmud Pekan Langgar

Waktu niaga seperti berikut.
11pg - 6ptg
Tutup setiap hari jumaat

Selamat Menjamu Selera Lie Cendol Tutty Fruitty.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)