HARGA MINYAK DUNIA TURUN, HARGA MINYAK MALAYSIA TERUS MENINGKAT

BLogTips
0
Setiap hari rabu adalah hari yang sentiasa dinanti-nantikan oleh majoriti rakyat Malaysia samada kecil, besar, tua, muda. Hari rabu adalah hari yang akan membezakan samada mood rakyat gembira atau kecewa atau suka atau marah. Ini kerana hari rabu adalah hari dimana harga minyak petrol dan diesel akan diperbaharui oleh jabatan kerajaan berdasarkan harga minyak dunia.


Pada hari ini (selasa 15nov2017), kerajaan telah menetapkan harga minyak seperti gambar diatas. Walaupun rakyat telah meneka bahawa harga minyak akan naik 10-13 sen pada minggu ini, tetapi dengan kenaikkan 7sen ini masih membebankan rakyat untuk terus berbelanja kos minyak.

Namun begitu, apa yang pelik adalah harga minyak dunia telah menurun 1% pada hari ini. Malah graf dibawah menunjukkan harga minyak telah menurun selama sebulan.


Entah lah, mungkin selain daripada kerajaan menetapkan harga minyak mingguan, Kerajaan juga perlu menunjukkan kiraan untuk menetapkan harga minyak untuk mengelakkan rakyat merasa kerajaan tidak adil.


Berikut adalah harga komoditi untuk tempoh sebulan.

Sebenarnya harga minyak bukan hanya ditentukan oleh kadar harga minyak mentah dipasaran, malah perkiraan harga minyak juga ditentukan oleh beberapa perkara lain yang mana pihak kerajaan lebih mengetahui.

Semoga masalah harga minyak ini akan berakhir dengan mengharapkan penurunan harga minyak dunia.
Malah diharap kerajaan juga boleh memberi bantuan kewangan tambahan seperti Brim kepada rakyat untuk tahun ini.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)