Korang pernah baca kisah "Russian Sleep Experiment" ni tak. Antara kisah yang popular dan paling aku suka di Creepypasta. Aku tengah tunggu kisah ni difilemkan je, Slender Man yang popular dekat Creepypasta tu pun dah difilemkan.
Mana yang belum baca bolehlah baca kisah "gila" ni yang aku lampirkan bersama ni. Apa jadi kalau korang tak tidur dalam tempoh yang lama?
...........................
Pada akhir tahun 1940-an, para saintis Rusia melakukan sebuah ujikaji terhadap lima orang banduan. Mereka terkurung di sebuah ruangan tertutup dan diberikan gas stimulasi untuk menguji apa akibatnya jika kekurangan tidur terlalu lama. Para saintis boleh melihat perilaku para banduan melalui cermin dua arah. Dan percakapan para banduan boleh didengar melalui pembesar suara. Sebelum ujikaji dijalankan para banduan sudah dijanjikan akan dibebaskan jika mampu tidak tidur selama 30 hari.
Beberapa hari pun berlalu tanpa terjadi apa-apa. Namun pada hari ke lima, subjek mulai menunjukkan gejala kemurungan dan mengeluh tentang keadaan mereka. Mereka mulai berhenti bercakap dengan sesama banduan. Mereka mulai memilih untuk bercakap ke mikrofon dengan harapan boleh memenangkan hati saintis. Mereka mula paranoid.
Pada hari ke sembilan, mula muncul jeritan. Mula-mula seorang, kemudian diikuti yang lainnya mulai berlari-lari di dalam ruangan itu dan menjerit sekuat-kuat hati hampir sejam. Dan yang lebih membingungkan, mereka mula merobek-robek buku mereka dan melumuri dengan najis mereka, dan menempelnya ke cermin sehingga kegiatan mereka tidak boleh dipantau lagi.
Jeritan pun berhenti. Demikian juga bisikan-bisikan.
Tiga hari berlalu, tidak ada bunyi suara kedengaran. Bimbang terjadi sesuatu yang buruk, saintis pun bercakap dengan subjek melalui interkom. “Kami akan memasuki ruangan untuk menguji mikrofon. Harap jauh dari pintu dan berbaring di lantai atau kami akan menembak kalian. Jika patuh, salah seorang dari kalian boleh dibebaskan”
Satu suara di sebalik ruangan muncul, “Kami tidak mahukan kebebasan.”
Dua hari tanpa hubungan dengan mereka. Saintis berdebat tentang apa yang harus dilakukan. Mereka memutuskan mengakhiri eksperimen ini. Pada tengah malam di hari ke lima belas, gas stimulasi dikeluarkan dari ruangan, dan diganti dengan udara segar untuk persiapan untuk membebaskan subjek. Tetapi bukan rasa senang, para subjek justeru menunjukkan tanda-tanda ketakutan dan menjerit-jerit. Mereka memohon supaya mengembalikan gasnya.
Namun saintis tetap membuka kunci pintu ruangan, menghantar pasukan tentera masuk ke ruangan untuk mengeluarkan mereka. Tidak ada satupun menduga apa yang ada di hadapan mereka ketika memasuki ruangan tersebut.
Satu subjek ditemui maut diatas genangan darah. Sebahagian dagingnya telah dirobek dan disisipkan ke saluran pembuangan. Semua subjek kelihatan cedera dengan parah. Bahkan, luka-luka ini kelihatan seperti dilakukan sendiri. Mereka merobek perut mereka sendiri dengan tangan kosong dan mengeluarkan isi perut mereka sendiri. Malahan ada yang memakan daging mereka sendiri.
Empat subjek lain yang masih hidup sangat takut jika jatuh tidur dan menolak meninggalkan ruangan. Sekali lagi, mereka memohon ke pengkaji untuk menghidupkan kembali gasnya. Ketika tentera menyeret mereka keluar, mereka melawan dengan sengit. Salah seorang mengalami limpa pecah, dan kehilangan terlalu banyak darah. Namun dia tetap memukul-mukul selama tiga minit sebelum rebah dan mati.
Subjek-subjek lainnya akhirnya berjaya ditahan, dan dibawa ke pihak perubatan untuk mendapat rawatan. Yang pertama menolak untuk dibius sehingga merobek otot dan mematahkan tulangnya. Ketika pakar bius mulai bekerja, tiba-tiba jantungnya terhenti. Akhirnya subjek yang lain menjalani operasi tanpa bius. Jauh dari gejala sakit, para subjek malah tertawa histeria di meja pembedahan. Keisteriaanya sehingga menyebabkan doktor takut dengan keadaan mental mereka sehingga doktor memberikan ubat lumpuh ke mereka.
Setelah selesai pembedahan, mereka pun ditanya mengapa ingin mencederakan diri mereka. Dan mengapa mereka begitu ingin kembali ke ruangan gas stimulasi ini? Jawapan mereka sama, “Saya harus tetap terjaga.” Rupanya mereka sengaja mencederakan diri mereka supaya tetap terjaga dan tidak mahu tidur.
Para saintis sepakat untuk membius mati mereka, untuk menghapuskan jejak kegagalan eksperimen ini. Tetapi mereka diperintah oleh pihak atasan untuk melanjutkan kembali ujikajinya. Pihak atasan menyebut tiga nama saintis untuk turut serta menjalani ujikaji bersama dua subjek. Salah seorang saintis, mendengar namanya disebutkan terus mencabut pistolnya dan menembak pihak atasan. Kemudian mengarahkan pistol ke salah seorang subjek dan menembak kepalanya. Doktor dan saintis yang lain terus lari dari ruangan tersebut.
Saintis yang mengamuk itu sambil mengarahkan pistol ke subjek itu bertanya. “Kamu ini apa?!”
Subjek hanya tersenyum. “Sedemikian mudah kah kamu lupa? Kami adalah kamu. Kami adalah kegilaan yang muncul dari diri kalian semua, yang memohon untuk dibebaskan pada setiap detik di dalam sifat haiwan yang terdapat dalam diri kalian. Kamilah yang kalian sembunyi di kes kalian setiap malam. Kamilah yang kamu bius menjadi diam dan lumpuh ketika kamu tidur.
Saintis itu mengarahkan pistol ke jantung subjek. Monitor EEG pun terus padam.
Sumber FB Kakimuvee