Doa Laknat Pembuang Kulit Kelapa, Rakyat Masih Tak Faham

BLogTips
0
Dalam group facebook Gabungan Terengganu (GATE) hari ini timbul satu post kecaman mengenai satu doa laknak kepada pembuang kulit kelapa dalam tong sampah. Doa laknat ini dilihat begitu keras dan kasar bagi tuan tanah yang up status tersebut.

Ini di tambah dengan sokongan oleh ahli Gate yang lain yang menambah minyak tanpa ade satu komen yang faham kenapa doa laknat itu ditulis.


Kemungkinan pemilik doa laknat itu telah menasihati pembuang sampah kulit kelapa tersebut namun tidak diendahkan.

Sebenarnya jika rakyat faham kenapa kita tidak boleh membuang sisa kulit kelapa dalam tong sampah hijau, pasti isu ini tidak terjadi.

Kenapa tidak boleh membuang sisa kelapa atau benda keras dalam tong sampah hijau?


1. Tong sampah hijau / hitam hanya khusus untuk sampah isi rumah.

2. Sisa sampah perniagaan/pasar malam/ penjaja perlu dibuang dalam tong sampah yang khas disediakan (roro) atau lantik kontraktor sendiri.

3. Sisa pukal ( perabot, pokok, kayu, batu, peralatan elektrik) perlu dilupuskan secara khas bukan dengan membuang dalam tong sampah hijau.

4. Sisa sampah kulit kelapa perlu dibuang dalam tong roro (sila google jika tak tahu) kerana kulit kelapa yang keras boleh merosakkan mata pisau lori kompactor kutipan.


Oleh itu, rakyat sepatutnya faham dan sedar Malaysia sebuah negara membangun bukannya negara kelas ketiga yang membuang sampah ikut suka hati kononnya sebab dah bayar cukai. Berapa sen lah sangat cukai korang bayar tu yer.

Adios.
lalalalalalalalalalalala

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)