Kenali Tanda Awal Masalah Kencing Manis Dan Cara Mudah Atasinya

BLogTips
0
Kencing manis adalah antara penyakit yang paling banyak terjadi pada rakyat malaysia disebabkan gaya pemakanan yang terlebih gula dalam budaya di negara ini.

Berikut adalah tanda tanda awal penyakit kencing Manis Pada Badan anda. Pencegahan awal lebih baik daripada mengubati semasa penyakit menjadi lebih teruk.


Perlu ke tahu tanda-tanda ni?
Pesakit kencing manis memang ada risiko berlakunya buta dan kudung kaki atau tangan. Oleh itu kita perlu tahu tanda-tanda pelik ini.

Cuba check perubahan pada diri masing-masing.


Jika ada tanda-tanda ini pada diri tuan/puan sendiri, tuan/puan harus berjaga-jaga ye.

Kalau tuan/puan nak tahu. dianggarkan hampir 3.5 juta di Malaysia yang menghidap kencing manis. Banyakkan?


(-) Kerap Kencing
(-) Merasa Cepat Dahaga
(-) Makan banyak namun berat turun
(-) Selalu letih dan mengantuk
(-) Penglihatan semakin kabur
(-) Bacaan gula menurun


Kaedah terbaik untuk mengelak kencing manis adalah dengan mengamalkan gaya pemakanan yang seimbang.

Kurangkan memakan makanan manis berlebihan seperti minum teh tarik setiap hari.


Lebihkan memakan sayuran dan buah buahan.

Kurangkan makanan segera.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)