Resepi Kepak Ayam Madu Panggang Leleh Harum Untuk Bisnes Bulan Ramadhan

BLogTips
0

Resepi Ayam Madu Leleh untuk bisnes anda di musim bulan puasa nanti. Permintaan untuk ayam ini akan meningkat kerana bau nya yang memikat. Di tambah harga kepak ayam masih boleh dijual dengan harga Rm1. Selamat berniaga.

BAHAN-BAHANNYA:

6-7 ketul kepak ayam (atau bahagian lain mengikut pilihan anda)
5 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos barbeku (jika mahu)
2cm halia | ditumbuk halus
4-5 ulas bawang putih | ditumbuk halus
Madu secukupnya
Minyak untuk menggoreng


CARA MEMASAKNYA IALAH:

1. Rebus ayam seketika. Ketepikan.
2. Satukan semua bahan untuk membuat sos perapan. Kemudian perap ayam selama ½ jam atau lebih.
3. Kemudian panggang tp kalau nak goreng pun boleh. sehingga masak.
4. Oleskan madu pada ayam yang sudah siap dipanggang atau digoreng.
Sos perapan memudahkan ayam untuk hangus jika digoreng terlalu lama. Sebab itulah, sebaiknya rebus seketika ayam anda.
Bagi mengelak daripada terkena minyak panas ketika menggoreng ayam, tutup kuali.
Siap!

KALAU NAK SHARE,SILA KOMEN “SHARE”
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

.Credit to Senangnya Masak

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)