POST TERBARU

Recent Posts Widget

Murtabak Mini Ayam Cheese Guna Kulit Popia

Murtabak mini ayam cheese. Bulan puasa nanti x gaduh bli murtabak da kot.. buat sendiri je simpan stock byk2 😁
Lg sedap dari beli kt luar.. ayam seketoi2 bila kunyah.. huhu

Murtabak Mini Ayam Cheese

Bahan2 Inti..

isi ayam @ daging - cincang
kentang - potong dadu
Carrot - potong dadu
rempah kari daging - 1 paket kecik
3 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - hiris
2 biji bawang besar - potong dadu
daun sup - hiris
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit minyak masak utk menumis


Cara memasak inti..

1. Panaskan kuali.. Tuang sedikit minyak masak.. Masukkan bawang yang dihiris..
2. Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air.. Tumis rempah hingga pecah minyak..
3. Masukkan isi ayam & masukkan kentang.. Masukkan air separas bahan2 yang dimasak..
4. Masak sehingga air hampir kering.. Masukkan sedikit garam & gula.. blh juga letak serbuk cukup rasa..
5. Masak hingga betul2 kering.. Sejukkan & sedia utk langkah menyediakan murtabak mini.


Seterusnya langkah menyediakan murtabak mini....

1. Pecahkan 2 biji telur, pukul & masukkan sedikit garam.. Masukkan inti yg telah dimasak tadi..
2. Masukkan daun sup dan bawang.. Kacau hingga sebati..
3. Buka kulit popia, letak atas dulang.. letak sekeping cheese di tengah2..
Ambil 3 sudu makan inti yang di campurkan dgn telur dan bawang tadi tu.. Letak di atas cheese tadi.. Lipat atas, bawah, kiri dan kanan.. lekatkan lipatan terakhir guna gam (tepung gandum + air)

Terbalikkan bila di lipat, letak atas bekas lain & ulang proses yg sama..
4. Untuk membakar panaskan kuali, letakkan sedikit minyak.. Letakkan murtabak mini tadi..
5. Bakar sehingga masak.. Balik2kan ia... bila dah siap bolehlah dihidangkan..

credit : Saya CikPuan Hanani‎