Cara Hebat Pelajar Jadi Jutawan Jual Tudung Guna Duit PTPTN

firaz

Ini kisah dan pengalaman sebenar saya berniaga tudung  dengan hanya menggunakan modal dari duit PTPTN!


Assalammualaikum & Hi!

Nama saya Madihah Mustafha!

Saya telah menceburi bidang perniagaan dengan menjual tudung sejak tahun 2012 lagi. Ketika itu, saya masih lagi sedang menuntut di sebuah IPT. Pada mulanya, saya hanya buat secara suka-suka sahaja. Saya hanya jual tudung ini kepada rakan-rakan terdekat sahaja.

Tapi lama-kelamaan, ramai pula yang nak beli tudung dari saya. Maklumlah, tudung yang saya jual ketika itu, memang kena dengan selera rakan-rakan yang rata-ratanya adalah golongan student. Tudung yang saya jual, harganya sedikit bajet, tetapi kualitinya tetap baik dan cantik!



Disebabkan permintaan yang semakin hangat! Maka, saya telah bertekad untuk menjalankan perniagaan tudung ini dengan lebih serius lagi.

Sebagai seorang yang bergelar pelajar ketika itu, saya memang tidak mempunyai modal yang besar. Jadi, nak tak nak, saya gunakan sebahagian duit PTPTN yang saya terima, sebagai modal untuk saya mula membeli stok!

Alhamdulillah! Bermula dari modal pertama yang berjumlah RM600.... saya berjaya "rolling" duit itu sehingga menghasilkan pendapatan 4 angka setiap bulan sewaktu saya masih lagi sedang belajar!

Perkara ini telah membuka mata saya dan saya nampak, bisnes tudung ini mempunyai potensi yang sangat besar!