Membahagiakan Isteri Barulah Rezeki Sentiasa Murah, Malang Buat Si Single

BLogTips
0
Berkepit dengan Isteri, Barulah Rezeki Sentiasa Berkepit dengan kita.

Perkahwinan sepatutnya membuka pintu rezeki seluas-luasnya tapi kerana hubungan suami isteri renggang pintu rezeki menjadi sempit. Mulalah jadi bibit bibit perpisahan apabila banyak musibah berlaku.


Ramai suami isteri berpecah belah kerana dah tak mahu berkepit macam masa mula-mula kahwin dulu. Anak ramai atau tak ramai bukan alasan malu nak berkepit nanti anak-anak pandang.

Menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada banyak kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami.

𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐩 𝐦𝐚𝐧𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢, 𝐜𝐨𝐦𝐟𝐢𝐫𝐦 𝐫𝐞𝐳𝐞𝐤𝐢 𝐩𝐮𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐧𝐣𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢.

6 Amalan suami isteri yang ada kebaikan
dari segi psikologi dan saintifik :


𝟏. 𝐈𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐜𝐢𝐮𝐦 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢
Isteri yang salam, cium dan peluk suami selama 10 saat setiap pagi menghasilkan banyak "hormon endorfin".
Hormon endorfin ini dapat membantu isteri turun berat badan dan mengurangkan keresahan.

Tak perlu ubat atau tahan lapar kalau nak kurus, beri suami sentuh anda dah cukup. Lebih kerap lebih baik, kurus dapat pahala pun dapat..


𝟐. 𝐓𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐚𝐤 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢
Isteri yang ada masalah tidur boleh cuba cara ini, kerana tidur di bawah ketiak suami boleh beri anda tidur yang lena dan tenang kerana adanya "Hormon Bau Phero".

Bukan itu sahaja bau phero suami dapat meredakan stress ada sepanjang hari buat kerja rumah. Cubalah, dapat pahala lagi..!

𝟑. 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐥𝐮 𝐦𝐚𝐧𝐝𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
Mandi bersama suami isteri yang sah adalah sunnah dan dapat pahala. Selain dari itu proses mandi yang mesra dan intim dapat mengurangkan stress isteri dan suami.

Bukan sahaja dapat dibersihkan bahagian belakang badan malah dari segi saintifik proses mandi bersama akan membuat jantung lebih sihat.


𝟒. 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐧𝐭𝐮𝐭 𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧
Suami jadi yakin setia bersama isteri apabila pertama kali nampak dia kentut. Suami yakin berkompromi dengan “bencana” apa pun bersama isterinya selepas ini.

Suami isteri merasa lebih bebas melakukan apapun. Kerana hubungan yang sihat dalam keluarga asasnya adalah ketulusan dan kepercayaan.

Wanita selalu ingin tampil cantik. Lelaki selalu ingin tampil gagah. Satu kentut tidak akan mengubah keadaan itu menjadi sebaliknya.

𝟓. 𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢 𝐩𝐞𝐥𝐮𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐜𝐢𝐮𝐦 𝐩𝐢𝐩𝐢 𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢
Ramai suami yang tidak tahu tapi setiap pelukan mesra suami dapat mengeluarkan "hormone oxytocin" ia mampu membuatkan isteri rasa bersemangat dan bertenaga.

Setiap sentuhan suami di pipi, pinggang, peha dan punggung dapat buat isteri kembali bertenaga walaupun setelah seharian bekerja.

𝟔. 𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐞𝐦𝐚𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮
Lalukan solat berjemaah bersama sekerap yang boleh. Kerana satu jaminan yang kita boleh beri pada isteri iaitu kita mahu bawa mereka ke syurga bersama.

Solat berjemaah juga mengeratkan silaturrahim dan buat isteri lebih taat dan setia pada suami yang memimpin mereka ke jalan Allah.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)