Tips Anak Pintar dan Bijak Sejak Dalam Kandungan

BLogTips
0
7 Tips Anak Pintar & Bijak Sejak Dalam Kandungan


1. Berikan nama yang baik

Benar! Sebelum lahir lagi, berikan nama yang baik untuk bakal bayi. Ajak bayi berbual bersama-sama kita. Semasa Trimester 1, mungkin belum ada apa-apa lagi. Apabila mula masuk Trimester 2, usap perut dan selalu berkomunikasi dengan bayi.

2. Berbicara dengan bayi

Jika sudah ada nama, panggillah namanya. Ucapkan kata-kata seperti, “Sayang, ini mama ni. Mama sayang sangat adik. Mama tak sabar nak tunggu adik keluar. Nanti besar jadi anak yang soleh/solehah ya. Patuhi perintah Allah. Jaga mama dengan ayah baik-baik”. Kadang-kadang, tanpa sedar, seakan-akan bayi memahami bahasa kita. Tindakan refleks seperti menendang perut akan membuat kita tertawa sendirian. Pada Trimester 2, bayi sebenarnya sudah mengenali suara ibu mereka. Jadi, selalu-selalulah berkomunikasi dengan mereka.

Biar bayi tahu, dia sentiasa disayangi
Bukan ayah sahaja, tunjukkan kasih sayang dengan anak-anak yang lain

3. Bayi mahukan sentuhan ayah juga

Ayah mungkin tidak dapat merasa ‘tendangan’ si bayi. Cuba dekati perut ibu, ucapkanlah sesuatu yang baik-baik untuk bayi. Untuk lebih keseronokan, mungkin si ayah boleh merakam suara dan kata-kata, dan dengarkan menggunakan ‘headphone’ pada perut ibu.

4. Dengarkan ayat-ayat suci Al-Quran

Jika sudah puas bercakap dengan bayi, si ayah juga boleh mengalunkan ayat-ayat Al-Quran pada bayi. Jika ada kelapangan, solat berjemaah dengan si ibu. Selesai solat, baca Al-Quran bersama-sama. Andai ada masa terluang, bahkan dalam kereta sekalipun, dengarkan ayat-ayat suci selalu pada bayi. Mudah-mudahan, apabila besar kelas, boleh menjadi seorang hafiz/hafizah.

5. Bacakan cerita pada bayi

Selain Al-Quran, jika si ibu membaca buku-buku ilmiah yang lain, bacakan sekali kuat-kuat. Biar si bayi dengar akan isinya. Mudah-mudahan terang hatinya selepas keluar nanti. Rangsangan dan sentuhan pada bayi amat penting dalam membina ‘bonding’ antara keduanya. Berbual dan berceritalah selalu dengan bayi. Apabila ibu dalam keadaan gembira, begitu juga bayi. Elakkan ‘stress’ kerana secara tidak langsung, bayi akan merasa tekanan itu juga.

6. Penuhi keperluan nutrisi dalam pemakanan

Bakal ibu perlu makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Ini kerana, setiap nutrisi dari makanan itu, akan sampai pada bayi. Yang penting, pastikan sumber rezeki adalah dari sumber yang halal. Elakkan membeli menggunakan wang dari sumber yang diragui seperti rasuah. Ia akan mengalir dalam darah bayi tersebut. Makan makanan seimbang untuk kebaikan ibu dan bayi.

7. Penerimaan dengan hati yang terbuka

Si ibu perlu bersyukur ke hadrat Ilahi kerana bakal dikurniakan seorang anak. Hati mesti ikhlas menerima rezeki dari Allah. Kadang-kadang, ada ibu yang kurang bersedia untuk menimang cahaya mata. Ada juga yang menolak cahayamata akibat faktor ekonomi. Jika berfikiran sedemikian, cepat-cepat kita buang jauh-jauh. Penerimaan ini penting kerana ia membabitkan emosi dan hubungan antara ibu dan bayi. Secara tidak langsung, emosi negatif ini akan sampai pada bayi. Kekalkan elemen positif sepanjang hamil.

Jangan lupa amalkan ye ibu2 hamil😘
Sumber kredit pic.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)