Jawatan Pengawal Kewangan Untuk Para Isteri Mengawal Perbelanjaan Keluarga

BLogTips
0
ISTERI PENGAWAL KEWANGAN? Nasihat yang bagus untuk para isteri bukan hanya menghabiskan duit suami malahan perlu juga bersama-sama menambah income keluarga serta pandai berjimat cermat.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu bagi seorang perempuan apabila telah menjadi isteri. Isteri memang perlu tahu pendapatan suami supaya sedar kemampuan perbelanjaan keluarga.

1. Jadi isteri bukan hanya cantik bila ada bulu mata sahaja, tetapi harus bijak urus kewangan keluarga tercinta.

2. Lepas kahwin suami harus percayakan isteri atau mohonlah jawatan ini dari suami.

3. Tugas pertama isteri mesti tahu #Pendapatan bulanan pasangan kita. Jika dapat lihat slip gaji yang dia ada.

4. #Catat semua perbelanjaan keluarga, dari yang kecil sampai yang besar. Ambil resit tiap kali berbelanja.

5. Sediakan satu #Perancangan Kewangan Keluarga, tahun ini kita nak ada berapa simpanan?.

Jika nak ada RM4000/12 bulan . Sebulan kita kena simpan RM333, seminggu kena simpan RM 83.00 sahaja.

6. Ushakan #Tambahkan pendapatan keluarga, banyak peluang berniaga sekarang ini. Dari jual mekup ada merkuri sampai tudung seksi warna warni!

7. Ushakan #Kurangkan perbelanjaan tak perlu, jangan bagi suami isap rokok lagi. Surah isap benda percuma yang ada.

8. Buat garis #Panduan belanja, contoh tak perlu tudung mahal untuk tutup aurat. Tak pakai Duck pun tak mengapa.

9. Kenakan #Denda jika tak ikut panduan. Contohnya denda jika suami kahwin lagi, mintak sebuah rumah sebagai hadiah galang ganti hantaran 😜

Kredit FB/ Azizul Azli Ahmad

#SimpanDuitSebelumBencana
#JagaKeluargaKita
#BersyukurlahDapatSuamiIsteriBaik
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)