Azan solat adalah satu perintah yang dilakukan oleh penganut agama Islam untuk dilaungkan apabila masuknya waktu solat fardhu lima kali sehari semalam. Bermula solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan terakhir Isyak.
Tetapi pernahkah anda mendengar laungan azan solat dalam bentuk irama etnik melayu dahulu kala? Tahukah anda lenggok dan irama azan sekarang lebih kearah bentuk irama arab yang mendayu-dayu.
Anda boleh mendengar laungan azan solat etnik melayu dalam video ini yang dikongsikan oleh seorang pengguna twitter. Mungkin anda boleh menghafal dan melaungkannya di surau atau masjid anda untuk kembalikan sejarah dan prestij laungan azan yang berasal dari zaman melayu dahulu kala.
Pernah dengar Azan yang menggunakan lagu asli etnik Melayu?
Ini dia Azan menggunakan lagu Jawa, terkenal pada dahulu kala tetapi makin pudar kerana gelombang Arabisasi. pic.twitter.com/fq4uwpqa2x— Mahapatih (@KratonSriwangsa) August 14, 2018