Mangsa Trauma Dirogol Di Hospital Tanpa Pembelaan, Balik Kerumah Jadi Mangsa Dera Perlukan Pembelaan

BLogTips
0
Sorry,posting lama aku kena padam untuk beberapa hal. (Noted : sila berhati2 dengan lontaran comment anda supaya setiap bait2 kata tidak mengganggu mental mangsa yang masih belum stabil)

Mangsa 20tahun.
Mangsa jenayah rogol.
Mangsa dera bapa.

Kes ini bukan kepakaran aku sebab mangsa berada jarak jauh. Bintulu sarawak.

First at all,mangsa taknak keluar dari rumah sebab ada tanggungjawab. Mak uzur,perlukan penjagaan dari mangsa.

Sebelum ni mangsa stay di semenanjung kemaman Terengganu,jatuh sakit,masuk hospital. Masa dihospital,beliau telah menjadi mangsa jenayah,rogol. Perlaku jenayah adalah staff hospital sendiri yang memang cuba untuk merapatkan diri dengan mangsa namun ditolak. Buat report,cukup bukti. Tapi selepas 2 hari kejadian,mangsa pulang kerumah ibu bapa di Bintulu Sarawak kerana buntu & trauma.

Pulang kerumah pula menjadi mangsa dera bapa. Anak2 lain juga kerap dipukul dihamun,dan salah seorang anak juga telah melarikan diri.

Updated tadi,mangsa dipijak muka oleh sang bapa kerana tidak mendapatkan pekerjaan. Semua duit2 mangsa diambil oleh bapanya. Mangsa mencari kerja dengan tangan kosong,tak ada duit,tak makan & berjalan kaki.

Kenapa tak buat report polis?





Mangsa menghormati permintaan sang ibu yang tak mahu si bapa dikenakan tindakan undang2. Aku tanya pada mangsa apa effect kalau dia buat juga report polis,ok sang ibu takkan bercakap,memalau mangsa sebab sebelum ni mangsa pernah mengadu pada kaunselor & sang ibu memberikan layanan seperti yang dinyatakan diatas.

Berbalik pada kes pertama,salinan report mangsa belum ambil memandangkan lepas 2 hari lepas kejadian beliau pulang kekampung halaman. Kejadian jenayah rogol ini berlaku pada 12/7/2018.

Btw,mangsa merasakan kes ini seolah2 tidak diberikan perhatian & seperti ingin menutup aib pihak penjenayah serta imej hospital..

Pihak penjenayah juga telah melakukan laporan polis pada hari yang sama mangsa melakukan laporan,penjenayah menyatakan mangsa yang telah menggoda dirinya ketika ditempat kejadian namun dinafikan sekeras2nya oleh mangsa.

Soal kes aku belum boleh fokus. Dan aku perlukan pertolongan dari mana2 individu yang pakar. Yang aku tahu,mangsa sangat tertekan dengan situasi keluarganya sendiri.

Aku masih dalam proses untuk yakinkan dia untuk ambil tindakan & berikan kerjasama.

Kredit FB Owner

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)