Khalwat atau bersekedudukan adalah salah satu kesalahan yang paling biasa yang banyak berlaku di kalangan remaja masa kini terutama yang ditangkap berdua duaan di dalam kenderaan di tempat sunyi. Pelajar UITM dikatakan antara yang paling banyak disabitkan kesalahan tersebut bagi kes yang disebut di Mahkamah Syariah Shah Alam.
Seorang pengguna twitter yang dipercayai sebagai kakitangan Mahkamah Syariah tersebut dalam tweetnya ada memaklumkan orang awam untuk bersama sama mengikuti sebutan kes khalwat yang sentiasa di adakan pada hari rabu setiap minggu.
Para pelajar juga dikatakan sanggup meringkuk dalam penjara semata mata kerana tidak mampu membayar denda setelah dijatuhi hukaman oleh Mahkamah dan malu untuk memaklumkan kepada ibu bapa atau pihak universiti sendiri. Kekadang pelajar juga terpaksa meminjamkan duit untuk membayar denda tersebut.
Sepatutnya pelajar patut berhati hati dari membuat perkara yang boleh merugikan diri sendiri. Jika mahu dating sekalipun tidak perlu untuk berada atau mencari port parking kereta ditempat yang tersorok dari pandangan masyarakat hingga mendatangkan fitnah.
Mungkin pihak jabatan agama islam boleh jemput pelajar baharu untuk bersama sama menonton perbicaraan kes khalwat untuk menyedarkan pelajar mengenai kes jenayah syariah ini.
Adios.