Menara Telekomunikasi 5G Penyebab Burung Alami Sakit Jantung

BLogTips
0
RATUSAN BURUNG MATI SELEPAS MENARA 5G DIBUKA

Di taman Huijgenspark, beratus-ratus burung sterling jatuh serentak ke atas tanah selepas melalui kawasan taman tersebut.

Menurut laporan makmal Wageningen Bioveterinary Research di Lelystadt, tiada kesan-kesan virus dan penyakit pada burung-burung tersebut. Didapati ada pendarahan dalaman pada semua burung tetapi tiada kesan racun.

Sebahagian burung yang berterbangan secara berkumpulan melalui taman itu turut juga mati serentak.

Pengkaji mempercayai ia berpunca dari menara-menara 5G yang dipasang berhampiran taman untuk menghubungkannya dengan stesyen keretapi berhampiran.

Semua burung yang mati menghadapi masalah yang sama iaitu serangan jantung secara tiba-tiba. Seorang pekerja taman memberitahu, ketika burung-burung itu jatuh, itik-itik yang berenang di terusan berhampiran berkelakuan aneh dan memasukkan kepala mereka serentak ke dalam air.

Kerajaan tempatan telah menutup sebahagian taman tersebut untuk kegunaan awam.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)