Resepi Puding Roti Kastard Lemak Berkrim Sesedap Rasa

firaz
0
Jika anda tidak pasti menu apa yang menyelerakan untuk dimakan pada waktu petang yang panas dan berangin. Pastinya inilah menu yang paling sedap dan menyelerakan.

Dengan bahan bahan masakan yang mudah dan murah, pasti mudah sahaja untuk disediakan.

Puding roti sos kastard lemak berkrim.. pnjang namaaaaa 😜

Update resepi :

Bahan puding roti :

10 keping roti gardenia ( potong empat segi )
1 tin susu cair
3 biji telur
1sk esen vanila
5sb gula
Buah campur kering rendam air pnas kejap (optional)

~ blend smua bahan kecuali roti
~ sapu butter setiap keping roti dan loyang
~ susun roti dalam loyang dan curah bahan blend tadi. Tekan2 roti bagi smua meresap.
~ taburkan buah2 kering tadi
~ kukus 30 mnit.

Sos kastard :
1 tin susu cair
1/2 cwn air
2sb tepung kastard
4 1/2sb gula

~ campur tepung kastard dlm air, kacau rata. Kemudian campur smua bhan masak ats api perlahan. Kcau2 ye smpai agk sedikit pekat. Siap

Kredit: Nurul Shafira

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)